Hari Ahad 15.Febuari 2009, Kira kira jam 2 ptg aku terima satu SMS dari Staf MATRADE memberitahu Pengurus Kanan Unit CCD dari Bahagian Khidmat Pengurusan MATRADE Pn Wan Zini bt Jaafar telah dimasukan ke Hospital Ampang dan keadaannya Koma dan Kritikal.
Dengar ceritanya dia Menghidap BLOOD CANSER....
Setelah mendengar kabar cerita ini aku pun bersiap untuk menziarahinya di Hospital Ampang.
Dalam waktu bersiap tu aku pun terima Satu SMS yang berbunyi " Wan Zini telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya..." Sms tersebut telah dihantar oleh Pengarah En Zakaria..
Aku dan My wife terus sahaja ke Hospital Ampang..Sebaik sahaja sampai disana, Jenazah Arwah telah dimasukan kedalam kereta Jenazah untuk dibawa balik ke Sg Buluh bagi urusan pengkebumian.
Aku pun patahlah balik semula ke Sg Buluh.Untuk memberi penghormatan kali yang terakhir untuk Arwah...Semoga Allah memcucuri Rahmat keatas Rohnya dan menempatkannya bersama golongan orang yang beriman....