Khamis, 12 Februari 2009

MENINGGAL DUNIA..KAWIN..CERAI....

Petang semalam aku call Mak aku kat Kampung,sudah seminggu lebih aku tak call, RINDU jugalah pada Mak & Abah kat kampung tu...Bila dah lama tak sembang tu so banyaklah Hal yang dibualkan..Banyak topik yang dibuka..Ada juga perkabaran yang tak baik..
Atuk sedara aku yang tinggal di Port Dickson tu dah meninggal Dunia kerana sakit tua..iyalah dah berusia 80thn lebih...
Mak pun ada cakap My cousin (Atih anak ibu) akan kawin pada bulan March ni nanti..Tapi tarikhnya tak sure lagi..Al-hamdulillah....Akan bertemu jodoh juga cousin aku yg sorang ni...
Aku agak terperanjat juga bila Mak cakap ICAM (Best friend aku masa kat Johor) ada datang Rumah.Saja ziarah mak dan abah aku...Lama juga aku tak dengar cerita icam ni..sejak dia kawin tahun 2000 dulu terus senyap dan lenyap..Alih2 muncul aje...
mak kata dia datang sorang aje sbb baru aje bercerai dengan isterinya..Lagilah aku terkejut...!!!
Dekat nak satu jam juga aku bersembang ngan mak..Iyalah sbg anak lelaki tunggal banyak benda yang mak rujuk kat aku...sebelum apa apa yang keputusan nak dibuat..
Best juga jadi anak lelaki tunggal ni sbb apa apa mesti dapat kebenaran dan keputusan aku namun ada juga yg tak bestnya..(nanti-nantilah aku cite...)
Bila dah habis sembang dengan mak,aku pun duduk menung fikirkan kehidupan yang bakal dilalui..KEMATIAN,PERKAWINAN,JODOH semuanya ditangan yang maha esa..
Rasa bersyukur bila aku lihat diri aku yang masih ada MAK ABAH,ADIK BERADIK,ISTERI dan ANAK-ANAK yg sentiasa menjadi sumber inspirasi aku... Kiranya HIDUP AKU INI masih SEMPURNA.. AL-HAMDULILLAH

Tiada ulasan: