Khamis, 31 Disember 2009

CORETAN DIAKHIR TAHUN 2009

Tinggal beberapa jam aje lagi kita akan melangkah masuk ke tahun baru 2010.
Selamat tinggal 2009 dengan pelbagai kisah suka, duka, manis mahupun pahit segalanya akan tinggal tersimpan dilipatan sejarah.
2009 terlalu banyak kenangan indah dan sungguh manis untuk di kenang..
Hanya sekelumit sahaja yang dapat di paparkan di BLOG MENITI TITIAN HASRAT ini.
Berkongsi kegembiraan bersama pembaca semua..
2009 ini juga TERPALIT KENANGAN PAHIT yang tak bisa aku titipan untuk ditatapan oleh anda semua. Biarlah kenangan PAHIT itu menjadi SEJARAH yang tidak akan berulang.
Kepada semua SAHABAT dan RAKAN di Sini Aku sekeluarga ingin MENGUCAPAKAN SELAMAT TAHUN BARU 2010.
Semoga tahun baru ini akan membawa sinar yang baru untuk kita harungi dalam MENITI TITIAN HASRAT..
BERSUA NANTI DI TAHUN 2010..Insyaallah....

MAKAN MALAM BERSAMA FAMILI AYUNG


Ayung sekeluarga datang rumah aku. Maklum ajelah cuti sekolah ini, dia bawa anak anaknya berjalan.
Aku bawa ayung pergi ziarah WAN ESAH di Rumah TITIAN KASIH di TITIWANGSA.
Wan tu dah banyak kali tanya ayung. Dikesempatan ayung datang ke KL ini aku pun bawalah dia jumpa wan.(Gambar tak sempat nak rakam sbb camera tertinggal dalam kereta).
Lepas ziarah Wan Esah, masing masing dah lapar so aku pun bawa pergi makan di Pejabat Lama Tabung Haji di jalan Ipoh.

KEMALANGAN NGERI BAS SANI EXPRESS




Kenduri sudah selesai...Aku pun dah habis cuti..So bertolak balik ke KL semula. Bertolak hari Sabtu sebab aku nak pergi rumah adik aku (ATAM) di Parit Buntar Perak.Tido semalam disana.
Ahad aku bertolak ke Ipoh,Ziarah mak sedara my Wife yang diserang sakit Angin Akhmar.
Setiba di Ipoh, Lalu depan balai polis Ipoh,Terlihatlah aku BAS SANI EXPRESS yang terlibat dalam kemalangan yang meragut 10 nyawa penumpangnya.
Memang Ngeri tengok keadaan bas itu..Bau darah pun masih kuat lagi..
Kepada keluarga dan Saudara mara mangsa yang terlibat dalam kemalangan ngeri itu diucapkan TAKZIAH.

HADIAH PENGANTIN DAN HADIAH TUAN RUMAH

Balik dari makan di Jam besar.Acara seterusnya adalah buka hadiah dari pengantin.
Yang paling BESTnya acara BUKA SAMPUL SURAT yang mertua aku dapat time kenduri.
Berapa jumlahnya..??? Syhhhh........!!!! Biarlah rahsia.

MAKAN BESAR SEKELUARGA




lepas semua causin berangkat menaiki Train. kami yang tinggal ini pun pergi makan di FOOD COURT di JAM BESAR Sungai Petani.
Bapa mertua aku yang belanja...TQ abah...!!!
Semoga murah rezeki selepas ni. B.long nak bayar abah kata abah yang dah niat nak bayar.
Next Time b.long pula bayar...


HANTAR CAUSIN KE RAILWAYSTATION



Sehari selepas berlangsung kenduri aku menghantar causin ke stesen keratapi.
Sebelum Train sampai sempat juga anak anak buah dan my princess serta my prince memberi pose didepan lensa kamera.
semua causin aku ada kereta, tapi cuti sekolah ni masing masing ambik kesempatan membawa anak menaiki Train.

KETIBAAN MEMPELAI DAN POSE-POSE DARI MEMPELAI






Jam 1.30 ptg pasangan mempelai telah tiba dan telah diarak ke Pelamin.
Pasangan telah mengenakan BUSANA SONGKET.
Pasangan abang ROKHAIRI dan NURUL memilih Busana berwarna meroon.
Manakala si adik ROZAIDI dan SYATILA memilih Busana berwarna PURPLE.
SELAMAT PENGANTIN BARU DARI B.LONG SEKELUARGA.
SEMOGA BERBAHAGIA HINGGA KE AKHIR HAYAT.

SEKITAR MAJLIS BERLANGSUNG


Singgahsana pengantin dalam 3 versi.

SATU FAMILI. LELAKI BERBAJU MELAYU HIJAU.PEREMPUAN BERBAJU PELBAGAI WARNA CERIA.

MASIH SEMPAT MEMBERI POSE POSE MENARIK UNTUK LENSA KEMERA

Para tetamu yang hadir diluar jankaan. Maklum sahajalah kenduri dibuat pada hari orang berkerja iaitu hari selasa 22 disember 2009 cuma cuti sekolah aje.
Dari jam 11 pg hingga jam 8.00 malam masih ada tetamu yang hadir.
Sehingga Nasi dan Lauk yang ditempah untuk 1400 orang tidak cukup. Mujur ada hidangan Bihoon sup.
Al-hamdulillah...Keadaan cuaca juga amat baik seolah olah sama sama merestui pasangan pengantin.
Penatnya tak dapat nak di gambarkan dengan kata kata namun aku sangat berpuas hati.

PERSIAPAN SEBELUM MAJLIS SAMBUT MENANTU


Persiapan dibuat sebelum berlangsungnya majlis sambut menantu pada 22.Disember 2009 (Selasa).
Tema kali ini adalah HIJAU dan PUTIH...
Memang agak sibuk juga pada hari ini 21 Disember 2009 kerana sejak dari hari aku balik Sg Petani pada Rabu sampailah ke hari ini tak cukup Rehat.
Apatah lagi aku telah ditugaskan untuk menguruskan Hal - hal pasangan Pengantin. Lebih kurang aku ini adalah WEDDING PLANNER.
Dari kad jemputan sehinggalah singgahsana pengantin adalah pilihan aku.
Aku cuba buat yang terbaik untuk majlis ini.

PERSANDINGAN ROZAIDI

Majlis persandingan Ady dan Tila di rumah Tila di Sungai Lalang,Sungai Petani Kedah.
Pasangan mempelai ini memilih warna Biru sebagai Warna Tema.
Cantik dan berseri pasangan ini.

PERNIKAHAN ROZAIDI DAN SYATILA 19 Disember 2009

Sekitar majlis pernikahan ROZAIDI dan SYATILA.

Cincin disarung sebagai tanda ikatan kasih Sayang
Setelah selesai majlis persandingan Hairy di Rumah Nurul diKemunting Perak.
Kami bergegas pulang ke Sungai Petani kerana pada belah malam nanti akan berlangsungnya pernikahan Ady pula.
Dinikahkan selepas solat Isyak di Masjid Sungai Lalang.
Pasangan ini memilih busana PUTIH sebagai lambang sesucinya cinta mereka.
Hanya dengan sekali lafaz sahaja,pasangan ini telah sah sebagai Suami Isteri.

PERSANDINGAN DI KEMUNTING

Bersiap di KOMPLEK BELIA DAN SUKAN (RAKAN MUDA) Taiping.Busana BIRU dan PUTIH menjadi pilihan mempelai.MAJLIS PERSANDINGAN pada 19 Disember 2009. Pihak perempuan memilih TEMA BIRU dan PUTIH.
Sama cantik dan sama padan.
Semoga ceria dan bahagia selalu.


PERNIKAHAN ROKHAIRI dan NURUL HUDA

Tengah bersiap sebelum menuju ke MASJID MAIMON,Kemunting Perak..
Debar sebelum diijabqabulkan oleh imam masjidSyukur Al-Hamdulillah setelah selamat di Ijabqabulkan.Tarikh 18.Disember.2009 bersamaan 1 Muharam1431.Di Nikahkan di masjid MAIMON,Kemunting Perak.
Seramai 14 pasangan di nikahkan pada masa itu..
Bermula jam 3.00 ptg berakhir jam 7.00ptg..
SELAMAT PENGANTIN BARU.



Selasa, 29 Disember 2009

PULANG KE KAMPUNG SG PETANI.

Selepas berkursus di Awana Genting selesai, aku berkerja 2 hari dan start bercuti dari 16 Disember sehingga 27 Disember. Biasalah dah hujung tahun ni, Cuti rehat banyak lagi, Untuk menghabiskan cuti aku balik ke Sungai petani kedah kerana ada majlis perperkahwinan 2 orang adik ipar aku. ROKHAIRI dan ROZAIDI.
Selepas waktu kerja 15 Disember jam 10.30 malam, aku bersama my wife dan anak anak serta mak abah aku (mak & abah sejak lps raya haji sah tinggal dengan aku) bertolak menuju ke Utara.
Biasalah perjalanan jauh ni, berhenti banyak kali juga dengan kerenah anak2 dan keadaan abah yang kerap nak ke wash room membuatkan perjalanan mengambil masa sedikit..
Dalam pukul 2 pagi kami sampai rumah ATAM (Adik aku) di Parit Buntar, Perak..Mak dan abah Tinggal disana pula.
Selepas bersembang dan pekena KOPI di rumah Atam.aku meneruskan perjalanan ke Sungai Petani, Kedah..pukul 5 pagi baru sampai...

Al-Hamdulillah....

Jumaat, 18 Disember 2009

KURSUS DI AWANA GENTING.




Aku berkursus di Awana Genting dari 11-13 Disember 2009.(Jumaat to Ahad)
Kursus P.T.K iaitu PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN.
Lebih kurang 24 orang menghadiri kursus ini. Ada yang ambil PTK Tahap 1.
Aku ambik PTK Tahap 2. Untuk kali ke dua, dulu aku dapat aras 3, tu yang kena return balik.
Insyaallah..Klu aku lulus Exam PTK kali ini aku aku dapat anjakan gaji..Tapi sebelum itu aku kena hadiri TEMUDUGA selepas Kursus ini...
Seronok juga menghadiri kursus ini sbb fasilitatornya pun best..Taklah bosan sangat...
Member member yang turut serta kursus ini juga "KEPALA JENIS MEREMBES....."

Isnin, 14 Disember 2009

DINNER DI RESTORAN TERAPONG FORT SUPAI

Setelah selesai mandi di laut, Kitaorng semua pergi dinner pula di restoran terapong. Masih lagi di kampung aku. Aku pun tak tahu yang selama ini di kampung aku ada reatoran terapong ini.Maklum sajalah da lama tak balik kampung.
Sedap dan enak juga makanan disini, Suasana pula yang cantik dengan deruan angin yang sepoi sepoi..Terasa nyaman dan damai sekali.
Makananya pun tak lah mahal sangat, Ikan yang dijual juga Ikan yang masih SEGAR dan seafood yang lain juga terdapat disini.
Malam tu caj yang dikenakan dalam RM170.+++ aje... Tapi aku rasa sangat berbaloi...