Selasa, 29 Disember 2009

PULANG KE KAMPUNG SG PETANI.

Selepas berkursus di Awana Genting selesai, aku berkerja 2 hari dan start bercuti dari 16 Disember sehingga 27 Disember. Biasalah dah hujung tahun ni, Cuti rehat banyak lagi, Untuk menghabiskan cuti aku balik ke Sungai petani kedah kerana ada majlis perperkahwinan 2 orang adik ipar aku. ROKHAIRI dan ROZAIDI.
Selepas waktu kerja 15 Disember jam 10.30 malam, aku bersama my wife dan anak anak serta mak abah aku (mak & abah sejak lps raya haji sah tinggal dengan aku) bertolak menuju ke Utara.
Biasalah perjalanan jauh ni, berhenti banyak kali juga dengan kerenah anak2 dan keadaan abah yang kerap nak ke wash room membuatkan perjalanan mengambil masa sedikit..
Dalam pukul 2 pagi kami sampai rumah ATAM (Adik aku) di Parit Buntar, Perak..Mak dan abah Tinggal disana pula.
Selepas bersembang dan pekena KOPI di rumah Atam.aku meneruskan perjalanan ke Sungai Petani, Kedah..pukul 5 pagi baru sampai...

Al-Hamdulillah....

1 ulasan:

lynda berkata...

Bang...mana gambar aku...