Khamis, 10 Disember 2009

TRIP KE PENANG DAN PERAK.....


Cerita ini juga agak dah lama, sebelum Raya AIDUL ADHA. TRIP KE PENANG.. 23 -25 November (Isnin Hingga Rabu). Tapi saja aje aku nak kongsi cerita ni.
Pergi seramai 6 orang. Lead Pn NORAZIMAH. Tujuan untuk membuat lawatan kilang untuk ANUGERAH KECEMERLANGAN INDUSTRI @ A.K.I. Sebanyak 6 kilang kami lawati.. Bermula dari Kilang membuat PERISIAN KOMPUTER sehinggalah ke Kilang membuat SARUNG TANGAN GETAH di Bidor, Perak. Bertolak dari KL pukul 8.30pg, sampai di Penang jam 12.30, terus ke kilang di Bayan Lepas. Lunch oleh pihak kilang, Selepas tu baru check in HOTEL NAZA di Tanjung Tokong dekat Batu Fringgi.
Malam, dinner di rumah Lea di Sg Pinang.Memang Lazat dan Enak masakan dari ibu Lea..TQ atas layanan.Balik hotel pkl 10.30mlm..Keluar lagi ke HARD ROCK CAFE PENANG..
Malam ke 2, siang biasalah lawatan kilang, XTVT malam, MERAYAU dan melepak di macam macam tempat. Dinner di PADANG BROWN.
Hari ke 3, pkl 7 pg dah gerak meninggalkan Penang, destinasi kali ini ke Ipoh pula,Kilang minyak masak YL (Yee Lee)..dan terus ke Bidor untuk kilang yang terakhir sekali.. TRIP ini memang seronok kerana semuanya kaki rayau dan kaki makan serta SPORTING.... Kerja kerja juga tapi XTVT sampingan perlu ada untuk mengelakan bosan dan stress.... Aku di tugaskan sebagai CAMERAMAN pula....sbb tu gambar aku tak ada....