Inilah first time aku mencoret bingkisan kerana Tidak pernah sebelum ini aku menitip bicara bisu didalam blog "MENITI TITIAN HASRAT" seawal pagi begini....!!!!
Sedari dari lena diulit mimpi kedengaran sayup berkumandang lontaran suara garau Mu'azin melaungkan azan dari masjid yang berhampiran rumahku..
Sedang azan berkumandang aku masih terbaring diatas katil beralaskan tilam yang empuk, di litupi selimut dan angin yang dingin dari kipas...Membuatkan aku begitu sayang untuk meninggalkan tempat beradu ku....!!!! Namun aku masih menghayati laungan azan itu....
Tatkala azan sampai dibahagian "Assolah tu hairum minan naem..." (sembahyang itu lebih baik dari tidur) Tiba tiba datang perasaan sayu dan pilu menerpa dijiwa ku...
Fikiran terus terkenangkan zaman kanak kanak, zaman remaja, zaman persekolahan rendah dan menenggah terus bermain di benak fikiran ku... Terbayang wajah tua kedua orang tuaku, wajah adik beradik ku, wajah isteriku, wajah anak anak kesayangan ku, wajah sahabat sekerja yang baik dengan ku...dan setiap bayangan wajah yang yang timbul di fikiran ku pasti ada kenangan yang pahit dan manis tergambar...!!!!
Tahun ini aku sudah berumur 36 tahun... Berapa banyakkah amalan dan pahala yang telah aku himpun, berapa banyak pula kesalahan dan dosa yg terpaksa aku tanggung...???? Terasa diri ini begitu daif dan kerdil dibumi yang telah dipinjamkan oleh Allah...!!!
Ya Allah...apakah ini.... Hati ini semakin sayu, Airmata ku menitis laju....!!! Pelbagai persoalan bermain dibenak ku...!!!!
Aku bangun menyucikan diri, mengambil wuduk, menghampar sejadah dan aku mendirikan solat... Namun entah mengapa sepanjang aku mendirikan solat sehingga ke akhir airmata aku semakin jatuh bercucuran..!!!
Aku berdoa untuk kesejahteraan ibu bapa ku, keluarga ku, anak anak ku, rakan rakan ku dan seluruh umat islam didunia ini... Tiba tiba aku terasa rindu kepada Arwah datuk ku.. Datuk yg amat menyayangi ku satu ketika dulu..!!! Dengan getaran suara tanggisan kecilku, Ku sedekahkan Al-Fatihah buatnya...!!!
Selesai solat, hatiku masih sayu lagi... Sambil diiringi airmata ku gagahi jari jemari menaip bingkisan dan ada ketikanya mata ini menjadi kabur kerana dihalangi airmata namun kutabahkan hati untuk menyiapkan bingkisan ini kerana aku ingin berkongsi apa yang aku rasai dipagi ini bersama pembaca pembaca blog MENITI TITIAN HASRAT...!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan