Semakin hari semakin hampir sudah bulan Ramadhan. Sikit hari lagi seluruh umat islam didunia akan berpuasa sebagaimana tuntutan didalam rukun islam yang ke 3.
Aku sudah start berpuasa pada 26 Julai lepas (Isnin). Aku membuat puasa sunat dan puasa ganti biarpun aku tak pernah tinggal puasa sewaktu bulan Ramadhan. tetapi bak kata orang " Manalah tau kot2 sewaktu puasa dibulan Ramadhan tu ada cacat celanya...
Selain dari itu aku juga berniat dan berazam untuk berhenti merokok. Sememangnya memang sudah lama aku ingin berhenti merokok cuma SEMANGAT aje tak kuat. Namun kali ini aku tanamkan NEKAD untuk merealisasikan AZAM dan NIAT aku untuk berhenti merokok. Memandangkan harga rokok juga sudah semakin tinggi.. Bayangkan perbelanjaan rokok aku sebulan sahaja hampir RM300. Jika sehari sekotak rokok berharga RM9.30 X 30hari = RM276. Boleh beli susu anak lagi....!!!
Disamping itu juga MEROKOK tidak baik untuk kesihatan diri sendiri dan juga kesihatan kepada orang yang berada disekeliling perokok..
Apapun kepada sahabat DOAKAN KEJAYAAN aku didalam USAHA ku ini.. Dan aku pasti ada yang akan menganggap aku akan gagal dalam usaha ku ini, namun aku akan cuba sedaya usaha untuk berhenti merokok...
KATAKAN TAKNAK......!!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan