Rabu, 20 Oktober 2010

PESTA BERAS

Sewaktu balik dari Kampung Kedah, Aku tak ikut Highway dari Alor Setar ke Sungai Petani. Aku melalui jalan lama... Sewaktu sampai di Daerah GURUN berhampiran KILANG PERWAJA. Satu kejadian yang tidak diduga.. Sebuah lori yang membawa muatan beras telah KECICIRAN BERAS. Lebih 8 tan beras telah memenuhi dan memutih diatas jalan raya.... Pengguna jalan raya sedang mengutip beras.
Pelbagai bekas keluar untuk mengisi beras....
Ramai yang ambil kesempatan mengambil beras yang sedang memutih diatas jalan raya.
Princess E'sya juga sibuk mengutip dan mengambil beras....
Prince Aidid & Princess Aida sedang bermain beras... Selalu kalau dekat rumah main beras akan kena MARAH... tapi dekat sini main ajelah, tak ada siapa yang marah...!!!


Tiada ulasan: