Jumaat, 30 Januari 2009
SINGGAH SEBENTAR
Sibuk hal Hantaran
BANGLE DAN CIN CIN
RESTORAN SERI DELIMA
MERTUA
rumah kakya di section 18 Shah alam.. ok jugalah... janji dia tak boring duduk memerap kat rumah aje...
Kunjungan mertua kerumah ku...
Seperti biasalah kunjungannya disambut oleh kedua cucunya iaitu My prince dan princess aku.
agak lama juga mertuaku menetap dirumahku..adalah dalam 2 minggu.. Memang seronok sesangat apabila mertua ku ada dirumah ku...
Iyalah my Prince dan Princess aku tak perlu ke TASKA setiap hari apabila aku dan My wife pergi berkerja...Mak tok dan Tok yan dia akan menjaga dan melayan cucunya...
Thanks Abah dan Mak....
AGAK LAMA.........
Banyak juga cerita2 yang yang akan paparkan sepanjang aku tidak mencoret blog ini utk dikongsi bersama...
Anywhere Thanks kepada pembaca blog ku yang setia...
Khamis, 15 Januari 2009
KITA TENGOK..............!!!!!!!!
Alahai si E'sya... Sembahyang berjemaah ngan Mummy..
tapi kenapa pakai Gaun...????
Tak apa E'sya,Daddy Janji lepas ni Daddy akan carikan TELEKONG untuk E'sya..
HaPpY aNnIvErSaRy..
KHAS UNTUK MU ISTERI KU....... Inilah hadiah yang aku berikan kepada Isteri ku yang tercinta..Sempena dengan ulang tahun perkahwinan ku yang ke 6 pada 18.Ogos.2008 last years.. Diam tak diam rupa-rupanya sudah 6 tahun usia perkahwinan ku.PERFUME BERJENAMA ESCADA...Berharga dalam RM499.00 ini aku beli dekat SOGO..
Pening juga kepala Fikirkan apa yang nak di beri kepada my wife sempena ulangtahun perkahwinan aku ini..Nak beri Jam tangan dah ada 3 utas..Nak beri barang kemas dah banyaklah pula.. Last last aku pegi sogo dan lalu kat situ,salegirls perfume tu memberi aku menghidu bau wangian ini...ooohhhh..........!!!!!! Memang best dan harum Baunya... so tanpa berfikir panjang aku terus mendapatkannya sbg hadiah untuk my wife sempena anniversary perkahwinan ku..
Kepada My Wife...
Terima kasih kerana menjaga makan pakai aku selama ini...
Terima kasih kerana menjadi MUMMY kepada Prince dan Princess kita..
Terima kasih kerana sentiasa sabar dalam mengharungi bahtera perkahwinan kita.
Terima kasih juga kerana sering menceriakan aku..
Sesungguhnya aku sangat menyayangi mu.....
Walau macam mana wangi pun Perfume Escada ini.Harum lagi kasih mu pada ku....
HAPPY ANNIVERSARY
GELAGAT DUA BERADIK....
BIRTHDAY E"SYA 2 TAHUN.
Isnin, 12 Januari 2009
Selamat Malam Sayang.......
MANA LEBIH COMEL....??????
Anda VOTE mana lebih Comel, ADAKAH DADDY si AIRIEL lebih Comel atau PRINCE si SHAHADAN lebih Comel...???
MY PRINCE


MY PRINCESS
Selasa, 6 Januari 2009
Imej tahun 2009...
Jumaat, 2 Januari 2009
Gelagat si anak buah......
Inilah gelagat 2 orang anak buah sepupuku...Namanya saya tak ingat kerana sering panggil dengan gelaran BANG LONG DAN BANG CHIK. Menetap di Shah Alam.. Kalau saya berjalan kerumahnya di Shah Alam pasti tidak kering gusi dengan gelagatnya yang selamber aje... pernah juga berlakon dalam Drama NERACA KISAH BENAR tapi aku tak pasti pula akan tajuk DRAMA tersebut.. Disamping itu juga diaorang ini pernah juga muncul dalam rancangan kanak-kanak.
Khamis, 1 Januari 2009
SELAMAT TAHUN BARU
SELAMAT DATANG TAHUN 2009.
Semoga tahun baru ini akan menjadikan kita lebih dewasa dan matang dalam menempuh perjalanan kehidupan yang penuh dengan cabaran dan dugaan.
Selasa, 30 Disember 2008
Foto shooting untuk majalah..........
Inilah seisi penggambaran untuk MAJALAH ANAKKU di Studio Karang kraf Kuala Lumpur..
Memang agak lama menanti selesainya penggambaran untuk mengambil gambar anakku ini..
Biasa lah budak2 ini memang susah sikit untuk diajar cara memberi pose di hadapan kamera..Memang perlu kesabaran yg tinggi untuk menunggu dan menanti aksi2 yang spontan dari E'sya ini...
tapi apabila sudah siap hasilnya amat menggembirakan dan tak sangka juga puteriku ini pandai bergaya di hadapan lensa kamera..Kalau dah besar nanti nak jadi MODEL ke...???? aku tak kisah janji pandai jaga diri dan pandai menjaga nama baik keluarga.....
Sewaktu Percutian....
AL - FATIHAH..............

Sabtu, 20 Disember 2008
Syukur........
Jumaat, 19 Disember 2008
BERSUA KEMBALI....
Salam sejahtera kepada semua pengikut blog saya...
Al-hamdulillah....
Dapat juga kita bersua lagi setelah sekian lama sy tidak mencoret di BLOG ini
atas sebab kesibukan masa...
KEMANA SAYA MENGHILANG....????
saya masih ada cuma sibuk dengan Keluarga tercinta,Biasalah melayan kerenah puteri dan putera pengikat kasih sayang saya dengan isteri tersayang...Bila dah berkeluarga ni, apatah lagi time cuti sekolah dan akhir tahun ini bawa Famili bercuti...
KE MANA....????
Itu adalah Rahsia...Sbb tak mahu org kata nanti meninggi diri pula...Apa yang penting Isteri dan anak2 ceria dan gembira...dan percutian ini menjadi sejarah keluarga kami...
Oklah..nanti klu ada masa sy akan mencoret lagi disini...
Banyak juga cerita2 lain yang ingin di kongsikan bersama....
Tunggu sahajalah coretan yang akan datang.....