Khamis, 11 Mac 2010

06 March 2010 satu Gotong Royong diadakan di kediaman aku. Majlis yang dinamakan "KEMPEN CEGAH DENGGI PERINGKAT HOSPITAL SUNGAI BULOH"
Memandangkan Selangor mencatatkan kadar demam denggi agak tinggi maka langkah langkah pencegahan mula diambil berat.
Gotong Royong bermula seawal jam 8.00 pagi. My princess juga turut serta dalam program ni.
Ketua pengarah Hospital sungai buloh juga turut serta turun padang menjayakan program ni.
Ramai juga penghuni dari Block Anggerik, Bunga Raya dan Mawar turut serta. Seronok juga sekali sekala program ini diadakan setidak tidaknya dapat berkenal kenalan dengan jiran tetangga.Program gotong royong ini berakhir jam 11.00 pagi.

Tiada ulasan: