Sabtu, 13 Mac 2010

SUSPENT....AJE....!!!!!

12 March (Jumaat), Pagi lagi My wife Dah kata dia sakit perut, Aku ingatkan sakit biasa aje. Tengahari my wife ajak aku pergi Klinik @ Hospital untuk check. Aku kata lepas sembahyang Jumaat nanti kita pergi.
Lepas Solat jumaat, Aku bawa my wife ke Hospital Sungai Buloh, My Wife kata perut dia sakit macam tanda nak bersalin, Sakit yang datang 10 - 15 minit sekali, Tapi kandungan my wife baru aje 6 bulan setengah.
Aku pun naik cuak juga, Maklum ajelah Anak sulong aku dulu PRAMATANG, lahir ketika kandungan berusia 7 bulan. So tak mustahil juga akan berulang kembali.
Pukul 3 petang, aku bawa my wife ke hospital, My wife ditahan di PDA sehingga jam 8 malam,
Doktor kata kalau sakit My wife masih berterusan PEMBEDAHAN terpaksa dilakukan. Aku akur aje kalau itu sudah takdir dan jalan penyelesaiannya.
Jam 8.30 malam, My wife dibenarkan pulang, doktor kata semuanya OK tetapi jika sakit masih berterusan doktor berpesan supaya tak berlenggah untuk ke hospital.
Al- Hamdulillah semuanya ok, tak ada apa apa pun berlaku. Kandungan my wife pun OK.
Hati aku memang aje tak sedap aje sepanjang my wife di PDA tu.. Risau juga akan my wife dan kandungannya itu.. Iyalahkan segala kemungkinan boleh berlaku... Bila my wife dah dibenarkan pulang barulah lega rasa hati aku...

Tiada ulasan: