Isnin, 8 Mac 2010

SHOPING BARANGAN BABY.....

Kandungan my wife sekarang ni sudah 6 bulan lebih, So sebagai persiapan untuk menyambut ahli baru dalam keluarga, aku pergilah membeli barangan bayi di BUTIK ANAKKU di Kepong. Sahaja aku pilih disini kerana tak ramai sangat orang. Inilah adalah untuk anak aku yang BONGSU. sebab selepas ini tak ada lagi tambahan Ahli keluarga. Semua ini adalah atas nasihat Doktor Pakar. Iyalahkan semua anak anak aku lahir ikut tingkap aje,Sebelum mendapat My Princess banyak kali juga my wife ni keguguran. Setelah melihat Rekod semua tu, doktor menasihati agar selepas ini ikat sahaja demi kebaikan dan kesihatan my wife bila sudah berusia nanti. Banyak juga barang yang perlu dibeli kerana barangan yang lama sudah banyak aku berikan kepada Causin. Iyalahkan simpan lama lama pun nak buat apa.. My wife aku ni kalau Shoping memang cerewat sangat..Biasalah perempuan ni, Lebih teliti daripada lelaki...
Anak anak pun sibuk juga memilih barangan untuk adik baru nanti.. My princess nampaknya lebih EXCITED dari My prince.. Semuanya nak warna "PINK" sebab mengikut SCAN baby yang bakal lahir ini PEREMPUAN.Apapun aku tak kisah asalkan semuanya cukup sifat dan sihat.. Bermakna aku akan ada satu HERO sahaja dan 2 Heroin. Selepas ni semakin riuhlah rumah dengan talatah dan gelagat anak anak....

Tiada ulasan: