Puasa bukan sahaja menahan lapar dan dahaga tetapi juga menjaga diri dari melakukan perkara perkara yang membatalkan puasa.
Bulan Ramadhan ini juga menguji kesabaran serta kejujuran setiap Individu. Iyalah..mungkin antara sesama manusia mereka boleh berbohong tetapi ALLAH mengetahui...!!!
Bulan Ramadhan ini juga merupakan bulan yang penuh keberkatan.. Bulan yang mempunyai keistimewaan berbanding bulan bulan yang lain.
dibulan Ramadhan ini juga diturunkan Al-QURAN. dan dalam sebulan ini akan ada satu malam yang penuh KEAJAIBAN iaitu "MALAM LAILATUL QADAR".
Apapun Islam bukanlah agama yang menyusahkan, Seandainya individu itu tidak terdaya @ mempunyai alasan yang kukuh seandainya dia meneruskan puasanya maka akan mendatangkan KEMUDARATAN maka ia harus membuka puasanya..Namun ianya harus diganti kelak...!!!
Apapun saya sekeluarga mengucapkan "SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA" kepada pembaca Blog MENITI TITIAN HASRAT ini.
Semoga Amal Ibadah yang kita lakukan akan mendapat keberkatan Dan keredhaan dari Allah...Insyaallah...Amin...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan