18 Ogos 2002 Sabtu, Jam 4.45pm, Bertempat di Masjid Kampung Raja, Sungai Petani Kedah
Selepas Solat A'sar aku dinikahkan dengan pasangan aku Azlina Abdul Aziz dengan dua kali lafaz.
Dengan MAS KAWIN sebanyak RM2,222.22... Dengan Lafaz Ijab & Qabul yang telah disahkan, maka berakhirlah ZAMAN BUJANG Kami.. Maka bermulalah PELAYARAN BAHTERA RUMAHTANGGA kami....
Dan Hari ini 18 Ogos 2010 maka genap sudah USIA PERKAHWINAN kami yang ke 8. Pelbagai Pahit manis, onak duri yang kami tempuhi, Disepanjang perkahwinan kami, syukur kami tidak pernah diancam dan diuji dengan hebat..Segala permasalahan kami selesaikan secara berbincang dan bertolak ansur...
Gaduh...??? ""~~Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri..~~" Bait bait lagu dari filem 3 Abdul nyanyian Tan Sri P.Ramlee dan Biduanita Saloma itu adalah benar dan tak perlu disangkal.. Begitu jugalah kami, namun semuanya kami atasi dengan cara yang terbaik,
Al-Hamdulillah...berkat kasih sayang yang suci serta anugerah 3 cahayamata menguatkan lagi perhubungan kami...
isteriku Azlina...Percayalah bahawasanya kasih sayang abang terhadap ayang tidak pernah pudar, cinta abang masih mekar seperti dahulu. Perhatian abang tak pernah beranjak walaupun seinci.. Kerana dirimu begitu ISTIMEWA bagiku.
Terima kasih kerana menjaga makan dan pakai abang.. mengingatkan abang seandainya terlalai,
Menjadi pendengar yang setia permasalahan abang, menjadi penghibur kepada abang, dan yang paling penting menjadi pendorong dan tulang belakang abang selama ini....
TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA DIUCAPKAN KERANA SUDI MENJADI ISTERI DAN MUMMY YANG BAIK KEPADA ANAK-ANAK ABANG..
Rasa bertuah diri ini kerana berjaya menambat serta menakluki hati mu....
SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN SAYANGKU..............!!!!
Semoga Kebahagian yang kita kecapi sekarang akan terus berkekalan hingga ke akhirat...Insyaallah..~~AMIN~~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan