Isnin, 8 November 2010

30 - 10 - 2010 PERKAWINAN NANA.

30 Oktober 2010 Sabtu.
Majlis perkahwinan AIDA NURDIANA BT ZUBER & MOHD MAZRI BIN MAMAT
DI
Taman Puan Chik, Bahau N.Sembilan.
Tema
Merah, Hitam dan Putih.
Aida Nurdiana @ nama manjanya NANA ini kira pangkat anak buah aku. Anak Jiran aku. tapi aku dengan Famili dia dah macam adik beradik.. Sewaktu nana ni kecik dulu aku selalu dukung dia, selalu juga sakat dia.. Dia membesar depan mata aku, sekarang ni dah pun mendirikan rumahtangga bersama insan pilihan hatinya.
Sama cantik dan sama padan pasangan mempelai ini.

Kumpulan penari cilik dari Kuala lumpur yang
didatangkan khas untuk memeriahkan lagi majlis

Ini pula kawan sekerja aku,
Sound system dari Riz Bumi Entertainment datang juga dari KL..
kalau sesiapa nak mengambil sound system dia ini boleh klik di sini:
Harga korang boleh rundingan Damai sendiri.
Yang pakai baju Batik Merah tu bapa pengantin perempuan.
Sir Zuber.. Dulu dialah yang mengajar bahasa Inggeris sewaktu di sekolah rendah.
Dia selalu cubit aku sebab tak dapat jawab soalan.. tapi aku tak kisah sebab dia nak mendidik aku..
Yang pakai batik merah sedang menyanyi ngan awek ni, Qayyum..
Adik kepada Nana.
Awek tu si Ain, Jiran dia..
yang sedang interframe ni siapa lagi kalau bukan
Princess Aida Syadiena & Prince Aidid Airiel..
Yang sorang lagi tu anak Ustaz Sharizal.
kira bapa saudara Nana juga....

yang ini akulah...sedang berDUET dengan FIRA mentor 3.
Fira ni anak didik Lah Ahmad dalam Program realiti mentor TV3.
Fira juga anak didik kepada pengantin lelaki.. dalam persatuan silat.
Ohya...
lupa pula nak kata,
pengantin lelaki itu adalah jurulatih silat.
Kih...kih..kih....baju sedondon pula ngan fira macam dah janji aje...!!!!
kalau Fira dari Mentor, Aku pula dari MENTOL...!!!
Apapun, aku nak mengucapakan
SELAMAT PENGANTIN BARU kepada PASANGAN PENGANTIN.
SEMOGA SENTIASA CERIA DAN GEMBIRA DIALAM RUMAHTANGGA
DAN BERBAHAGIA HINGGA KE HUJUNG NYAWA.
AMIN.

Tiada ulasan: