Isnin, 30 Mei 2011

KEADAAN BIASA BILA HARI JUMAAT......

JUMAAT , 27 MEI 2011.
Lokasi : Plaza Tol Jalan Duta (Arah Utara)
Masa : 7.30 petang...
Beginilah keadaan Plaza tol jalan Duta arah Utara setiap hari Jumaat.
Biasalah, sabtu & Ahad cuti so ramai yang ambil kesempatan untuk bercuti apatahlagi dah masuk cuti sekolah ni...
ni pula lepas plaza tol.
Biasa dari Plaza tol ni aku cuma ambil masa 15 minit
utk sampai rumah Sg Buloh
tapi kali ni ambik masa 45 minit...!!!!
Sbb tu bila hari jumaat aku balik lewat sikit
sebab malas nak mengharung JAM ni...
Tapi biasalah kat KL ni kalau Time time tertentu
ikut manapun akan harungi JAM.

Isnin, 23 Mei 2011

REMPIT KE...????

Pagi tu, aku nak gi kerja terpandang pula pak aji ni bawa motor tapi tak sempat nak snap pic dia..
Tadi...sewaktu nak pi kerja nampak lagi Pak aji ni...aku pun gunalah handphone aku yg tak berapa nak canggih ni, sambil drive aku Snap pic dia...Laju juga pak aji ni bawa motor.. Pak Aji, nak tanya :" Dulu masa muda2 pak aji REMPIT ke..??? sebab boleh tahan juga laju dia bawa Motor....!!!!Dengan hanya Berserban, pak aji ni bawa motor laju...
Pak aji "SERBAN tu sama keras ke ngan HELMET ke...???"
Kalau anda melalui Highway Jalan Duta perasan tak Pak aji ni...???
Senyum aje aku tengok Pak aji hilang dalam kesesakan traffic jam waktu pagi...!!!

KURSUS DI JANDA BAIK, PAHANG

Kursus di CHERENGIN JANDA BAIK, PAHANG Darul Makmur...

Kursus dari 04 -06 Mei 2011.

Kursus Team Building...

"TEAMPLAYSHOP"

Kursus team building kali ini adalah yang ke-2 best yang pernah aku sertai..

Bagi aku kursus Team building "SWAT" di Pangkor adalah yang paling best pada Tahun 2007 kalau tak silap akulah..."

Berbalik pada kursus ni..

lebih banyak rilex dan ketawa..

Memang enjoy..

lebih kepada bermain alat muzik..

Taklah stress sangat kursus ini..

Kalau orang yang jenis macam aku ini

"HAPPY GO LUCKY"

memang kena sangatlah...!!!!

Penceramahnya ialah MR BILL, Pembantunya MS JAS...

Memang sporting gila...!!!!

Dari First day sampailah habis kursus asyik nak ketawa aje...!!!

Para peserta juga diminta untuk mengumpul sticker " SMILIES ".

Siapa yang dapat kumpul SMILIES terbanyak akan dapat hadiah dari Mr Bill.

So aku pun apa lagi, beria sakan mengumpul sticker tu.

Al-Hamdulillah....

Aku adalah terbanyak mengumpul smilies tu.

sampai 19 smilies...!!! (Ko ada...??? )

Dan hari terakhir aku dapat "GENDANG CINA" sebagai Hadiahnya....!!!!!


Mr Bill sedang menurunkan tandatangannya diatas gendang yang aku dapat.. Happy aku rasa.

Gendang tu boleh buat hiasan dan juga kenangan - kenangan..


Thanks You so Much Mr Bill...!!!!

"KEEP THE BEAT" itulah perkataan yang tertera yang ditulis oleh Mr Bill diatas gendang yang aku dapat...(kau makan hati ke tengok aku dapat Gendang...????)
Apapun banyak sebenarnya gambar2 sewaktu menghadiri kursus ini tapi tak sempat nak up-load...Nanti2 aku masukkan...(Tapi tak janji tau...)

BALIK KE KAMPUNG... MELAKA...!!!

Sempena cuti hari pekerja 01.Mei 2011 aku dan famili balik ke kampung N.sembilan untuk menghadiri perkahwinan sepupu aku di Melaka

bersama Mak, Abah dan adik beradik yang lain.

Jam 9.00pg bertolak ke Kuala Linggi, Melaka.

Al-hamdulillah..

Jam 12.00 tengahari kami selamat sampai.

Sampai rumah kenduri jumpa juga saudara mara yang lain..

Apatah lagi saudara mara yang jarang bersua muka..

Maka majlis perkahwinan ini menjadi Medan pertemuan kami.

Seronok juga dapat bersua muka sesekali sebegini...!!Princess Qaireen berposing diatas pelamin.
Lepas kenduri kami kerumah Arwah Aki & Wan. Rumah yang banyak meninggalkan nostalgia sewaktu aku dizaman kanak kanak.
Kini aku membawa anak anak aku pula menjejakan kaki dirumah itu.
Dan anak anak aku berjumpa causin causin dia..
Dah jadi tradisi famili aku, kalau balik ke kampung mesti ambil kesempatan untuk berjimba dengan bercanda di pantai.
Pantai yang masih terpelihara lagi akan kebersihannya.
Anak anak aku + anak anak buah aku seronok sakan mandi laut.Lihat Foto diatas,
My Father sempat lagi berposing bermain pasir bersama cucunya.
Happy sangat aku tengok,
maklumlah bukan senang nak berkumpul ramai sebegini.
My beloved wife & adik aku (Atam) bersama bibik masing2 sedang bersembang.

Khamis, 19 Mei 2011

BANYAK CERITA YANG INGIN DI KONGSI.....!!!!!

Lama aku tak keudara...Maklumlah kebelakangan ini agak sibuk...
Bulan Mei ini sahaja dah masuk pertengah bulan baru aku lekat kat opis...
Iyalah... Banyak kerja luar.. Outstation...!!!
Banyak juga cerita yang ingin aku kongsi...!!!
tapi sekarang ini aku tak sempat nak up-load gambar... Insyaallah...akan menyusur satu persatu....Antaranya....!!!!




  • 01 Mei = Hari Pekerja.


  • 10 Mei = Hari Ibu.


  • 12 Mei = Hari Jururawat.


  • 16 Mei = Hari Guru.


  • 04 - 06 Mei = Kursus di Cherengin Janda Baik Pahang.


  • 06 - 13 Mei = Ke Trengganu untuk menyertai Sukanun.


  • 13 - 18 Mei = Bercuti... Pulang ke kampung Kedah....!!!


Antara tarikh tarikh yang amat berharga dalam bulan Mei ni...

Rabu, 11 Mei 2011

SEPASANG KEBAYA BUAT.................

Dua minggu lepas aku ke Melaka Bandaraya Bersejarah bersama rakan sekerja.. Kami ke Banda Hilir saja cuci mata..
Sewaktu melalui sebatang jalan di situ aku terpandang sebuah kedai menjual pakaian " KEBAYA NYONYA "...
Terus teringat untuk membeli sepasang dua untuk My Beloved Wife & My Princess E'sya...
Nasib baik my best friend Mr Shoul, sudi menemankan aku untuk meninjau ninjau kedai tersebut...
Gigih ni nak beli untuk my wife & princess E'sya...
Terpandang aku sepasang kebaya nyonya berwarna hitam
bersulam merah & Pink size 4..
Dlm hati ni boleh untuk anak sulongku...
Rm95.00 sepasang...
S
ebelum tu aku call My wife tanya dia nak @ tak kebaya Nyonya,
jawapannya "Tak payah beli untuk Ayang sbb ayang dah ada "
"ini yang buat abang sayang...balasku....!!!!
Sampai rumah aku terus hulurkan baju ini pada Princess E'sya..
Bila dia buka dia senyum aje..
Tandanya dia sukalah tu...
Daddy Bunga dia warna "PINK".
Sememangnya dia suka warna Pink.
Aku pun try pakaikan baju tu...
Al-hamdulillah...
Chomel sangat dia pakai baju tu....
"Daddy....Nanti kainnya daddy buat tau...." kata Esya..
Sebab kainnya tu tak dijahit lagi...
Comel juga Princess E'sya pakai kebaya..
Selalu pakai skrit dan seluar jean aje.
Sesekali nanti bergaya juga pakai
KEBAYA NYONYA
salah satu Warisan kita juga.....