Ahad, 14 Mac 2010

TRIP KE CAMARON HIGHLAND 1

Selepas check-out Hotel Park land kami meneruskan perjalanan ke Ladang TEH Boh. Tapi sayang Ladang ini tutup setiap hari Isnin tapi tak mengapa kami bergambar sahaja dari luar Ladang... Dari ladang teh kami ke Taman Rama Rama pula. Disini terdapat banyak jenis rama rama yang cantik- cantik. Selain Rama rama terdapat juga reptelia lain seperti Ular dan Kura Kura.
Bergambar dihadapan Pintu Masuk Taman Rama RAma.
Seronok bermain dengan rama rama.
Ada dan Aidid leka bermain dan menangkap rama rama
My Prince and My Princess. Kemesraan yang tak boleh disangkal lagi....
My Hero with the Butterfly.
Aksi aksi dari My Prince yang tak takut langsung dengan Rama rama.
Shoping sebentar membeli cenderahati untuk dibawa pulang. Selepas shoping kami meneruskan perjalanan pulang.





Sempat bergambar di sempadan atau pintu masuk ke Cemaron Highlands Sebelum meneruskan perjalanan balik.

TRIP KE CAMARON HIGHLAND 2

14 March 2010 Sehari selepas Birthday My wife aku membawa famili pergi bercuti ke Cemaron Highland. Kami memulakan perjalanan jam 10.30 pagi. Dan kami sampai disana jam 100 ptg, Perut pun sudah mula kelaparan. Jadi kami singgah makan di gerai biasa sahaja.

Disepanjang perjalan kami melaui perkampungan orang asli. kami melalui jalan TAPAH ke Genting. Perkampungan orang asli yang bersih juga.




















HAPPY BIRTHDAY MY LOVELY

13 March, Sabtu. Adalah merupakan birthday my wife. Tepat jam 12.00 malam aku dan anak anak nyanyikan lagu "HaPpY BiRtHdAy" untuk my wife.Esya kata "Daddy, Tak ada kek ke....???" Aku kata esok siang kita beli kek.
Memandangkan semalam my wife tak berapa sihat perancangan untuk ke Cameron Highland pun aku batalkan. Doktor nasihatkan supaya my wife banyakan berehat.
Malam tu aku sengaja lewat tidur, Apabila semua dah tidur, aku letakan HADIAH UNTUK MY WIFE diatas MEJA SOLEK dalam BILIK aku. Esoknya bila my wife bangun dia lihat ada hadiah untuk dia..Aku hadiahkan dia HAND PHONE SONY.
Sayang...Happy Birthday to You, semoga dilimpahi kesihatan dan kesejahteraan didalam menempuh kehidupan. Ceria dan Gembira bersama keluarga tersayang yang kita bina, serta bertambah jaya didalam perkerjaan. Terima kasih juga kerana menjadi mummy yang terbaik untuk anak anak abang..Tiada perkataan yang dapat abang gambar untuk menyatakan perasaan abang terhadap ayang...

Sabtu, 13 Mac 2010

SUSPENT....AJE....!!!!!

12 March (Jumaat), Pagi lagi My wife Dah kata dia sakit perut, Aku ingatkan sakit biasa aje. Tengahari my wife ajak aku pergi Klinik @ Hospital untuk check. Aku kata lepas sembahyang Jumaat nanti kita pergi.
Lepas Solat jumaat, Aku bawa my wife ke Hospital Sungai Buloh, My Wife kata perut dia sakit macam tanda nak bersalin, Sakit yang datang 10 - 15 minit sekali, Tapi kandungan my wife baru aje 6 bulan setengah.
Aku pun naik cuak juga, Maklum ajelah Anak sulong aku dulu PRAMATANG, lahir ketika kandungan berusia 7 bulan. So tak mustahil juga akan berulang kembali.
Pukul 3 petang, aku bawa my wife ke hospital, My wife ditahan di PDA sehingga jam 8 malam,
Doktor kata kalau sakit My wife masih berterusan PEMBEDAHAN terpaksa dilakukan. Aku akur aje kalau itu sudah takdir dan jalan penyelesaiannya.
Jam 8.30 malam, My wife dibenarkan pulang, doktor kata semuanya OK tetapi jika sakit masih berterusan doktor berpesan supaya tak berlenggah untuk ke hospital.
Al- Hamdulillah semuanya ok, tak ada apa apa pun berlaku. Kandungan my wife pun OK.
Hati aku memang aje tak sedap aje sepanjang my wife di PDA tu.. Risau juga akan my wife dan kandungannya itu.. Iyalahkan segala kemungkinan boleh berlaku... Bila my wife dah dibenarkan pulang barulah lega rasa hati aku...

Khamis, 11 Mac 2010

06 March 2010 satu Gotong Royong diadakan di kediaman aku. Majlis yang dinamakan "KEMPEN CEGAH DENGGI PERINGKAT HOSPITAL SUNGAI BULOH"
Memandangkan Selangor mencatatkan kadar demam denggi agak tinggi maka langkah langkah pencegahan mula diambil berat.
Gotong Royong bermula seawal jam 8.00 pagi. My princess juga turut serta dalam program ni.
Ketua pengarah Hospital sungai buloh juga turut serta turun padang menjayakan program ni.
Ramai juga penghuni dari Block Anggerik, Bunga Raya dan Mawar turut serta. Seronok juga sekali sekala program ini diadakan setidak tidaknya dapat berkenal kenalan dengan jiran tetangga.Program gotong royong ini berakhir jam 11.00 pagi.

UNTUK MY PRINCE SEMPENA BIRTHDAY

Sempena Birthday my prince aku hadiahkan dia sebuah kereta yg sudah lama dia idamkan. Kereta yang mengunakan kuasa Bateri dan mempunyai REMOTE CONTROL serta dilengkapi dengan sistem MP3..
Harga kereta ni RM280.00. Memang agak mahal tapi aku tak kisah demi untuk anak.
Sehari selepas Birthday dia baru aku beri, Punyalah seronoknya sampai dah nak masuk Magrib tak nak masuk rumah sebab happy main kereta ini.. Iyalahkan benda baru memanglah mula mula excited, tapi bila dah lama mulalah jemu..jawabnya simpan dalam store...!!!
Happy rasa hati bila tengok my prince kendalikan kereta ini...
Aksi aksi Aidid didalam kereta kesukaannya....

Isnin, 8 Mac 2010

HAPPY BIRTHDAY MY PRINCE....

08 March 2010 Genaplah 2 tahun usia My Prince, AIDID AIRIEL SHAHREZA B SHAHADAN.
HaPpY BiRtHdAy My Prince. Daddy & Mummy sentiasa berdoa semoga Aidid sentiasa Sihat Sejahtera, Sentiasa Gembira dan Bijak. Daddy berjanji akan buat yang terbaik didalam menjaga dan mendidik anak anak daddy.
Majlis ni dibuat dirumah Bapa Saudara (pak Anjang) My Wife di Jalan Ipoh, Memandangkan ramai anak anak buah disana. Seronok dan Happy Aidid sewaktu majlis ni berlangsung...
My Princess juga sibuk kala ni.. My Princess ni kalau bab BIRTHDAY ni memang suka sangat..
satu lagi bab Kenduri Kawin...Biasalah budak2 memang sebegitu....
Apa pun SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 2 TAHUN dari DADDY , MUMMY dan KAKAK.

SHOPING BARANGAN BABY.....

Kandungan my wife sekarang ni sudah 6 bulan lebih, So sebagai persiapan untuk menyambut ahli baru dalam keluarga, aku pergilah membeli barangan bayi di BUTIK ANAKKU di Kepong. Sahaja aku pilih disini kerana tak ramai sangat orang. Inilah adalah untuk anak aku yang BONGSU. sebab selepas ini tak ada lagi tambahan Ahli keluarga. Semua ini adalah atas nasihat Doktor Pakar. Iyalahkan semua anak anak aku lahir ikut tingkap aje,Sebelum mendapat My Princess banyak kali juga my wife ni keguguran. Setelah melihat Rekod semua tu, doktor menasihati agar selepas ini ikat sahaja demi kebaikan dan kesihatan my wife bila sudah berusia nanti. Banyak juga barang yang perlu dibeli kerana barangan yang lama sudah banyak aku berikan kepada Causin. Iyalahkan simpan lama lama pun nak buat apa.. My wife aku ni kalau Shoping memang cerewat sangat..Biasalah perempuan ni, Lebih teliti daripada lelaki...
Anak anak pun sibuk juga memilih barangan untuk adik baru nanti.. My princess nampaknya lebih EXCITED dari My prince.. Semuanya nak warna "PINK" sebab mengikut SCAN baby yang bakal lahir ini PEREMPUAN.Apapun aku tak kisah asalkan semuanya cukup sifat dan sihat.. Bermakna aku akan ada satu HERO sahaja dan 2 Heroin. Selepas ni semakin riuhlah rumah dengan talatah dan gelagat anak anak....

Jumaat, 5 Mac 2010

SPECIAL FOR MY .................

My Princess menunjukan Prestasi agak cemerlang di Sekolah KUMON. So aku pun hadiahkan dia Bouquet warna Merah, Pink dan Purple...
Sebenarnya sudah lama dia nak kan Bouquet ini.. Aku kata " Kalau kakak dapat 4 @ 5 star di Sekolah Kumon Daddy akan hadiahkan...
Bukan apa sebagai perangsang untuk dia bersungguh sungguh belajar...
Semalam 02 March sewaktu jemput di sekolah kumon dari Jauh lagi my Princess dah senggeh, dia ni klu ada sesuatu yg mengembirakan senggeh dia lain macam sikit...
Sampai aje kat Aku "Daddy...Kakak dapat 5 star kat sekolah tadi... Daddy kena beli bunga untuk kakak macam dalam TV tu..." aku senyum aje... "Ok...Nanti daddy beli..."
Itulahkan, bila dah janji kenalah tunaikan... Tapi aku bangga juga sebab trick aku menjadi...
Esoknya 03 march, selepas hantar dia ke sekolah, aku pun ke The store supermarket belilah Bouquet untuk dia.. Rm 12.00 aje....
Sewaktu aku jemput dia setelah habis kelas, Sekali lagi my princess kata. "Hari ini kakak dapat 5 star lagi daddy..." Aku pun senyum aje... " Mana Bunga kakak , Daddy... Aku jawab "Daddy tak sempat belilah... " Apa lagi MASAM ajelah muka dia sepanjang perjalanan balik rumah.
Sampai rumah, barulah aku berikan bunga tu kat dia, Seronoknya dia dapat bunga...
Biasalah... sure seronok klu apa yg diimpikan jadikan kenyataan, apatah lagi budak budak..
Malam tu TIDUR pun letak bunga atas kepala, esoknya pergi TASKA bawa bunga juga... Cikgu tanya " Wah...Cantik bunga E'sya..., Sapa beri...? " Dengan senyum my princess jawab " Kakak dapat 5 star kat sekolah KUMON itulah Daddy beri bunga....."