Selasa, 3 Mac 2009

NIKE...


Hari Sabtu 28.02.2009 perancangan nak bawa MY PRINCESS dan MY PRINCE pergi ke taman permainan tapi memandangkan petang tu hujan so aku pun tukar plan mencari kasut untuk my PRINCE..Sebab kasut dia sudah ketat..
Nak ke KL malaslah pula sebab biasanya kalau hujan KL selalu JAM so aku pun tergerak hati untuk ke RAWANG saja..
Memang dah Niat nak cari sport Shoes untuk my Prince so terbayang sudah kedai yang menjual barangan sukan iaitu AL-IKHSAN..Sebelum ini memang dah survey pun kasut sport dekat kedai Al-ikhsan ini..
So dalam time hujan tu aku pun bawalah My wife dan kedua dua permata hati aku ini ke Rawang kerana disana pun ada juga Branch Al-Ikhsan.
Lebih kurang 45 minit juga memilih kasut untuk My Prince..My Princess juga sibuk memilih kasut untuk dia..Memang tak nak pun beli kasut untuk My princess sbb kasut dia dah banyak. tapi tak sampai hati pula aku bila tengok dia pun excited nak kasut baru..Jadi nak tak nak terpaksa juga aku belikan juga...
Semua sekali RM 300+++...Tapi tak mengapalah sebab kasut kasut yang macam ni tahan lasak dan tahan lama...
Kata orang " KALAH MEMBELI TAPI MENANG MEMAKAI"

Tiada ulasan: