Selasa, 3 Mac 2009

TRAFFIC JAM


Sejak seminggu ni cuaca agak kurang baik..Setiap petang pasti HUJAN.
Pada Jumaat minggu terakhir bulan MARCH (27-03.2009) Jam 10.30 malam barulah aku keluar dari ofis untuk balik rumah..Biasa kalau nak datang Ofis (PAGI) aku akan ikut HIGHWAY dari Hospital Sg Buloh menuju ke jalan Duta. Perjalanan mengambil masa dalam 45 minit kerana Traffic Jam maklumlah semua orang keluar awal. so aku akan keluar rumah jam 7.30 pagi dan sampai ofis dalam pukul 8.20 pagi..Kadang kadang terlewat juga, tapi taklah selalu kerana aku memang menjaga jadual kedatangan aku..
Apabila jam 5.30 ptg time balik. Aku memang selalu balik lewat, dan kalau balik aku tak ikut HIGHWAY aku balik ikut jalan Segambut so boleh elak TOL serta jimat sikit. Selalunya jalan segambut ni bila jam sudah 9 malam akan lenggang saja.
Tetapi aku agak terkejut juga kerana jam sudah 10.45 mlm tetapi jalan segambut yang selalu lenggang jadi JAM..Ini kerana pada petang itu hujan lebat dan agak lama..Biasanya aku mengambil masa 25 minit untuk sampai kerumah menjadi 1 jam..
BENGANG BETUL.....!!!!

Tiada ulasan: