Program hari ini adalah Ronda ronda sekitar Trengganu menikmati keindahan pantai di Trengganu..Banyak pantai yang kami pergi dari Rantau Abang, Pantai Kelulut, Tanjung Jara dan last sampai pantai Batu Buruk...Tapi sayang kesemua pantai yang kami pergi semuanya tak boleh mandi kerana ombaknya besar..My Princess geram aje tengok laut membiru..Aku memang tak benarkan dia mandi demi menjaga keselamatan...
(My Wife dan My Prince dan Princess di NOR ARFA BATIK)
Ada juga sempat singgah di KOMPLEK NOOR ARFA BATIK..Boleh tahan juga harga BATIK kat sini..Singgah sini pun sebab nak tengok orang mencanting batik dan menenun Songket...
Dalam satu jam juga kami berada di sini..Leka melihat ketelitian pekerja membuat batik..
Dan seterusnya kami sampai semula ke Kuala Trengganu dan untuk kali kedua kami ke PASAR PAYANG lagi..kali ini untuk membeli SOUVENIR untuk Mak abah dan mertua aku... Habis jugalah dalam RM250+++.....
Hari pun dah petang so kami pun balik semula ke Dungun....Bermalam lagi di rumah my Friend Farid...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan