Rabu, 3 Februari 2010
03.02.2010 CUTI KECEMASAN
Hari ini aku tak pergi kerja sebab My Prince tak sehat. Diserang DEMAM CAMPAK. Hari Ahad itu hari dah bawa ke Klinik. Semalam Balik dari Taska Aku tengok ada tanda-tanda merah di badan, tangan dan leher.
Semalam selepas hantar My Princess Tuesyen di Kumon, aku pun Beli KELAPA MUDA. Sebelum tidur aku beri My Prince minum air. Memang susah nak beri dia minum air kelapa muda ni, tapi setelah dipujuk barulah dia nak minum...
Malam tadi sewaktu tido, My prince asyik merenggek sahaja.. Sehingga jam 4 pg aku masih tak boleh tido. Kesian my Prince may be badan dia tak sedap rasa kot.. Kita yang dewasa pun tak tahan kalau deman, inikan pula budak...
Pagi tadi sewaktu nak pergi kerja aku tengok semakin banyak tanda tanda merah di badan, belakang,tangan dan kaki. So akupun call opis beritahu aku cuti hari ini sebab tak sanggup nak tinggalkan my prince.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan