Ahad, 21 Februari 2010

PULANG KE PASIR BESAR.

15 Febuari 2010 Isnin, Jam 12 t/hari Ady dan Isteri serta Mak mertua aku balik ke Sg Petani. Memandangkan cuti sehingga hari Rabu, Dalam pukul 4 ptg aku pula balik ke Kampung di N.Sembilan. Perjalanan agak Lancar coz masih ramai lagi masih bercuti.
Sampai di Kg dalam pukul 7 malam, Kami lewat sampai kerana singgah di Ulu Bendul. My princess sibuk nak mandi.
2 hari di kampung aku rasa sekejap sangat, Pergi ke Rumah ayung (kakak Sulong aku) di Londah. lunch dan dinner disana.
Hari Rabu, tengahari pergi rumah mak sedara (Busu) aku di palong satu. Aku memang dah lama suruh dia buat kuih special untuk aku. apalagi kuih WADEH...Ha...ha...ha....
Balik dari rumah busu dlm pukul 4 petang..Aku pun bersiap siap untuk balik ke Sg Buloh.

Sebelum balik sempat lagi aku menziarahi MY CAUSIN aku yg terlantar sakit di Hospital Tuanku Ampuan Najihah di Kuala Pilah.
Namanya Ardzemi Atan, Tapi kitaorang panggil B.mie aje. Dia dah lama sakit..Dah 2 minggu B.mie ni terlantar di Hospital KP ini..
Doktor kata ada jangkitan kuman di Buah pinggangnya. Tapi aku rasa macam pelik aje kerana dia asyik TIDUR aje.. Macam ada sakit MISTERI yang lain... Entahlah...Walwahualam....

Tiada ulasan: