14. Febuari 2010, Selepas Chek out dari hotel, Jam 10.30pg..Kami menuju ke Banda Hilir.. Tempat pertama yg di cari ialah kedai makan. kami singgah makan di Restoren INDORI. Masakan kampung dan Nasi Padang. Boleh tahan juga masakan di restoren ini, Harganya juga agak berpatutan.
Selepas perut diisi kami terus ke Bangunan Merah, dan My Princess teringin menaiki BECA yang telah dihias cantik. So kami pun naik Beca sehingga ke kota AFamosa. Bayaran yang dikenakan untuk satu Beca Rm 15.00.sempat juga berposing di hadapan kota A famosa.
Selepas itu kami berpusing pusing di sekitar Banda Hilir. Menikmati keindahan tamadun sejarah Tanah Melayu.
Penat berjalan, kami menaiki Boat di Muara Sungai Melaka. Cuaca agak panas juga. Tapi itu semua kami tak hiraukan sebab Keseronokan mengatasi segalanya.
Tambang yang dikenakan setiap seorang RM 10.00. Tapi bersempena tahun baru cina, sesiapa yg lahir pada tahun HARIMAU diskaun 50%. Aku lahir tahun Harimau so dapatlah diskaun.
Selepas menikmati keindahan Persekitaran Muara Sungai Melaka, Kami pun bersiap untuk pulang, Sebelum meninggalkan Bandar Melaka kami sempat singgah di Ayer Keroh, Kali ini untuk membeli cenderahati sebagai kenangan.
Sekali lagi My Princess teringin menaiki KERETA LEMBU pula. Bayaran yang dikenakan pula agak murah, untuk sebuah kereta lembu hanya Rm 10.00 sahaja.
Punyalah seronok my Prince naik kereta lembu, seolah olah macam dia naik kereta lembu yg di bawa oleh Raju dalam cerita UPIN dan IPIN. "Sapi.....Goooo....!!!! jerit My Princess keringannya.
Setelah selesai semuanya, kami pun bertolak ke Alor Gajah Melaka pula. Kali ini untuk merasai keenakan KUIH UDANG ALOR GAJAH yang terkenal. Tak sah sekiranya ke Melaka tidak mencuba merasai keenakan KUIH UDANG ALOR GAJAH. (Maaf Gambar Tak sempat dirakamkan atas sebab sebab tertentu). Dalam pukul 8.00 malam kami bertolak meninggalkan MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH. sampai di Sungai Buloh Jam 11.00 malam..
Seronok dan terasa puas hati segalanya berjalan dengan lancar.