Isnin, 22 Februari 2010

USTAZ MANSOR BIN ABU BAKAR

Ustaz Mansor bin Abu Bakar mengajar aku dari tahun 1987 - 1989 di Sek Men Rendah Agama Repah, Tampin. Dan 1990 - 1991 di Sek men Agama Hj Mohd Yatim Ulu Gadong, Rembau N.sembilan. Beliau bukan sahaja mengajar tetapi juga WARDEN ASRAMA aku ketika itu. Semenjak dari 1991 aku tak pernah bersua dengan beliau lagi dan semalam kami bertemu kembali di kenduri kawin sahabat aku di Seremban.

Seorang Guru yang Didikasi dan very friendly. Tidak GARANG tetapi TEGAS didalam mendidik pelajarnya. Suka juga berjenaka bersama kami ketika di Asrama. Satu perkara yang tidak mungkin aku lupakan,


Beliaulah yang telah mencungkil Bakat aku dalam bidang PIDATO dan BAHAS, Kumpulan bahas aku ketika itu berjaya antara kelas kelas, antara Daerah sehinggalah ke peringkat Negeri N.Sembilan (Disek Men Tengku Durah, Seremban anjuran GPMS.)



Terlalu banyak kenangan dan juga nasihat yang diberi untuk dijadikan pegangan dalam meniti kehidupan.
Aku masih ingat lagi kata katanya dahulu "Apabila kamu semua telah meninggalkan alam persekolah, Nescaya kamu akan rindu akan zaman persekolahan..."
Memang benar kata kata Ustaz dan sekarang terbukti akan kata katanya itu.....


Ustaz TERIMA KASIH yang tak terhingga saya ucapkan kerana pernah mendidik saya satu ketika dahulu. HALALkan segala ILMU yang pernah dicurahkan.
Pernah memukul saya untuk menyedarkan saya dari kesilapan..Percayalah saya tidak pernah BERDENDAM walaupun sebesar Zarah.



Ustazlah antara pendidik saya yang paling dekat dihati saya.

TERIMA KASIH USTAZ...TERIMA KASIH ATAS SEGALA GALANYA. Dan DOA saya semoga USTAZ akan terus Suksess dan BAHAGIA bersama keluarga.

Tiada ulasan: