Khamis, 31 Disember 2009

PERNIKAHAN ROKHAIRI dan NURUL HUDA

Tengah bersiap sebelum menuju ke MASJID MAIMON,Kemunting Perak..
Debar sebelum diijabqabulkan oleh imam masjidSyukur Al-Hamdulillah setelah selamat di Ijabqabulkan.Tarikh 18.Disember.2009 bersamaan 1 Muharam1431.Di Nikahkan di masjid MAIMON,Kemunting Perak.
Seramai 14 pasangan di nikahkan pada masa itu..
Bermula jam 3.00 ptg berakhir jam 7.00ptg..
SELAMAT PENGANTIN BARU.



Selasa, 29 Disember 2009

PULANG KE KAMPUNG SG PETANI.

Selepas berkursus di Awana Genting selesai, aku berkerja 2 hari dan start bercuti dari 16 Disember sehingga 27 Disember. Biasalah dah hujung tahun ni, Cuti rehat banyak lagi, Untuk menghabiskan cuti aku balik ke Sungai petani kedah kerana ada majlis perperkahwinan 2 orang adik ipar aku. ROKHAIRI dan ROZAIDI.
Selepas waktu kerja 15 Disember jam 10.30 malam, aku bersama my wife dan anak anak serta mak abah aku (mak & abah sejak lps raya haji sah tinggal dengan aku) bertolak menuju ke Utara.
Biasalah perjalanan jauh ni, berhenti banyak kali juga dengan kerenah anak2 dan keadaan abah yang kerap nak ke wash room membuatkan perjalanan mengambil masa sedikit..
Dalam pukul 2 pagi kami sampai rumah ATAM (Adik aku) di Parit Buntar, Perak..Mak dan abah Tinggal disana pula.
Selepas bersembang dan pekena KOPI di rumah Atam.aku meneruskan perjalanan ke Sungai Petani, Kedah..pukul 5 pagi baru sampai...

Al-Hamdulillah....

Jumaat, 18 Disember 2009

KURSUS DI AWANA GENTING.




Aku berkursus di Awana Genting dari 11-13 Disember 2009.(Jumaat to Ahad)
Kursus P.T.K iaitu PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN.
Lebih kurang 24 orang menghadiri kursus ini. Ada yang ambil PTK Tahap 1.
Aku ambik PTK Tahap 2. Untuk kali ke dua, dulu aku dapat aras 3, tu yang kena return balik.
Insyaallah..Klu aku lulus Exam PTK kali ini aku aku dapat anjakan gaji..Tapi sebelum itu aku kena hadiri TEMUDUGA selepas Kursus ini...
Seronok juga menghadiri kursus ini sbb fasilitatornya pun best..Taklah bosan sangat...
Member member yang turut serta kursus ini juga "KEPALA JENIS MEREMBES....."

Isnin, 14 Disember 2009

DINNER DI RESTORAN TERAPONG FORT SUPAI

Setelah selesai mandi di laut, Kitaorng semua pergi dinner pula di restoran terapong. Masih lagi di kampung aku. Aku pun tak tahu yang selama ini di kampung aku ada reatoran terapong ini.Maklum sajalah da lama tak balik kampung.
Sedap dan enak juga makanan disini, Suasana pula yang cantik dengan deruan angin yang sepoi sepoi..Terasa nyaman dan damai sekali.
Makananya pun tak lah mahal sangat, Ikan yang dijual juga Ikan yang masih SEGAR dan seafood yang lain juga terdapat disini.
Malam tu caj yang dikenakan dalam RM170.+++ aje... Tapi aku rasa sangat berbaloi...





































































Sabtu, 12 Disember 2009

BERCANDA DI PASIRAN PANTAI





Masih lagi di Kampung, Setelah selesai menghadiri kenduri aku bawa My wife dan anak anak untuk mendi laut. Seronok sesangat My Prince dan My Princess mandi laut. Maklum sajalah jarang sangat aku membawa mereka ke pantai ni.
Laut ini juga terletak dikampung aku juga.

AKSI MY PRINCESS DAN MY PRINCE

Ini aksi aksi MY PRINCE dan PRINCESS sewaktu kenduri kawin di kampung...

KENDURI KAWIN DI KAMPUNG

Balik kampung ke Kuala Linggi pada 06 Disember 2009 (Ahad) untuk ke kenduri Rumah Pak Long Manan.
Sudah Hampir 6 Tahun aku tak pernah pulang ke kampung, Maklumlah sudah tak ramai saudara mara disana. Kampung pun dah tak Semeriah dahulu.Suasana kampung Jauh berbeza jika nak dibanding dulu dan sekarang.
Dari Rumah Sg Buloh aku dan Famili bersama Mak dan abah bertolak ke kampung. Buat masa sekarang Mak dan Abah tinggal bersama dengan aku..Sajaaje cuti sekolah ini mak dan abah stay ngan aku..Nanti nak ke utara Pula..

Khamis, 10 Disember 2009

TRIP KE PENANG DAN PERAK.....


Cerita ini juga agak dah lama, sebelum Raya AIDUL ADHA. TRIP KE PENANG.. 23 -25 November (Isnin Hingga Rabu). Tapi saja aje aku nak kongsi cerita ni.
Pergi seramai 6 orang. Lead Pn NORAZIMAH. Tujuan untuk membuat lawatan kilang untuk ANUGERAH KECEMERLANGAN INDUSTRI @ A.K.I. Sebanyak 6 kilang kami lawati.. Bermula dari Kilang membuat PERISIAN KOMPUTER sehinggalah ke Kilang membuat SARUNG TANGAN GETAH di Bidor, Perak. Bertolak dari KL pukul 8.30pg, sampai di Penang jam 12.30, terus ke kilang di Bayan Lepas. Lunch oleh pihak kilang, Selepas tu baru check in HOTEL NAZA di Tanjung Tokong dekat Batu Fringgi.
Malam, dinner di rumah Lea di Sg Pinang.Memang Lazat dan Enak masakan dari ibu Lea..TQ atas layanan.Balik hotel pkl 10.30mlm..Keluar lagi ke HARD ROCK CAFE PENANG..
Malam ke 2, siang biasalah lawatan kilang, XTVT malam, MERAYAU dan melepak di macam macam tempat. Dinner di PADANG BROWN.
Hari ke 3, pkl 7 pg dah gerak meninggalkan Penang, destinasi kali ini ke Ipoh pula,Kilang minyak masak YL (Yee Lee)..dan terus ke Bidor untuk kilang yang terakhir sekali.. TRIP ini memang seronok kerana semuanya kaki rayau dan kaki makan serta SPORTING.... Kerja kerja juga tapi XTVT sampingan perlu ada untuk mengelakan bosan dan stress.... Aku di tugaskan sebagai CAMERAMAN pula....sbb tu gambar aku tak ada....

MALAM MATRADE @ MATRADE NITE






MERAH, HITAM atau MERAH HITAM itulah TEMA MALAM MATRADE'09. Berlangsung pada 04 Disember 09 yang lalu di MATRADE HALL, MENARA MATRADE. Rata rata yang hadir mengikut warna Tema yang di tetapkan..
Aku dan Zul yang MENANG salah satu katagori sewaktu MATRADE IDOL'09 di beri PENGHORMATAN untuk membuat PERSEMBAHAN MALAM tu..Tapi sorry gambar tengah perform tak sempat nak ambik lagi di unit IT.
Artis jemputan malam tu AISHAH yg Top ngan Lagu JANJI MANISMU, sewaktu Aishah mendengdangkan lagu itu aku teringat juga kenangan time sekolah dulu...Sebab Time tu lagu Janji Manismu cukup berhantu..
RAHIM MAAROF juga adalah Artis jemputan malam itu,NOT BAD..Sungguh terhibur dengan persembahan kedua duanya...
Apa pun ada sedikit sahaja ketidaksempurnaan malam itu..tapi biasalah mana ada yang perfect 100% dalam dunia ini...
Jumpa lagi di MALAM MATRADE 2010.. APA TEMANYA....????

Selasa, 8 Disember 2009

MY BIRTHDAY


Cerita ini agak sudah lama tapi aku tiada kesempatan nak entry story ni kat dalam blog. 12 November yg lepas,aku ke Ipoh sempena My Birthday, sebelum bertolak My Wife sempat beri aku Hadiah sempena hari lahir aku..
Sebuah Beg Lap top.. Memang dah lama aku nak beli beg ini tapi selalu sangat tertangguh.. Tup..Tup...Time birthday aku dapat pula benda yang aku hajati.. TQ VERY MUCH MY DARLING.
Tahun ini tak ada acara potong kek pun coz sewaktu BIRTHDAY aku time tu memang BZ sebab sedang berlangsungnya INTRADE'09.
Sewaktu balik kerja,sampai aje dirumah,Biasalah My Prince dan My Princess aku mengejar di muka pintu untuk salam dan cium aku(Kebiasaan bagi mereka). kali ini my My PRINCESS MENYANYIKAN Lagu "HAPPPY BIRTHDAY" Versi English dan "SELAMAT HARI JADI" Versi Melayu..Suara My Prince hanya hujung2 sahaja yang dengar, maklum tak petah lagi... Aku sangat TERSENTUH HATI mendengar alunan lagu dari My PRINCESS dan MY PRINCE. Rasanya itu adalah HADIAH YANG LEBIH MERMAKNA SESANGAT...
Dan malam tu aku bertolak ke IPOH sebab esok my wife ada kursus di sana. Sewaktu 12hb tu, orang yang mula2 wish aku siapa lagi kalau bukan MY Wife.. dan SMS ucapan dari adik beradik dan kawan kawan juga tak henti henti..Ada juga yang call wish birthday..
TERHARU juga coz ramai yang mengingati hari lahir aku..TERIMA KASIH semua. SAYA SAYANG ANDA SEMUA....

Ahad, 22 November 2009

MY WIFE KURSUS DI IPOH




12hb November (my birthday) aku bertolak ke IPOH. Esok my wife ada kursus di HOSP IPOH. malam itu kami sekeluarga sampai jam 12.00 malam. kami menginap di Hotel REGA LOUGE di tengah tengah bandaraya Ipoh, Perak.
My Wife Kursus di sana sehingga 14hb. So aku menginap 2 malam di hotel. Selepas my wife kursus kitaorang kerumah Abang Joe dan Kak Ayu (Cousin my wife)yang tinggal di Ipoh. Kedatangan kami disambut riang oleh mereka dan anak sulongnya Adam. My Princess memang suka berkawan ngan si Adam ni.
Dari pukul 3 ptg kami duduk disana sampailah pukul 10.00malam. selepas tu kami pun bertolak balik ke Sungai Petani kedah. Rumah siapa lagi kalau bukan rumah MERTUA aku. Esok ada kenduri di Kulim, Rumah mertua Ngah. kenduri AQIQAH anak ngah yang no 2 di RAFIQ dan BIRTHDAY IKHWAN RAIF anak sulong ngah.

MATRADE IDOL (FINAL)



05-November-2009 Jumaat.. Pertandingan akhir MATRADE IDOL'09 berlangsung di MATRADE HALL di MATRADE EXHABITION CONVENTION CENTRE.
Seramai 12 orang peserta berentap malam ini dari 3 katogeri. 5 dari katagoei solo, 5 dari katagori duet/berkumpulan dan 2 dari katagori LIVE BAND.
Aku dan rakan duet aku Saudara ZULKEFLI ABU BAKAR dalam katagori duet. Kami mempertaruhakan lagu irama Malaysia berjudul "LAGU ZAMAN" nyanyian dari Dato S.M Salim dan Jamal Abdillah.

Zul dan aku adalah penari KELAB KEBUDAYAAN MATRADE jadi kami pun mengunakan kelebihan kami dan menjemput 5 lagi kawan kawan dalam kelab tarian untuk mengiringi persembahan kami.
Dengan BASIC Tarian yang kami ada, latihan hanya 20minit sahaja dan selebihnya atas inisetif masing masing yang sudah biasa beraksi di atas pentas..
Al-Hamdulillah...Percaturan aku dan Zul serta bantuan dari rakan rakan yang sporting, Kami berjaya mengondol "ANUGERAH PERSEMBAHAN TERBAIK".
Dan kami diberi PENGHORMATAN untuk MEMBUAT PERSEMBAHAN PADA DINNER MALAM MATRADE BULAN DISEMBER NANTI..

KISAH SEDIH







Aku dah tak ingat Tarikhnya...tapi yang aku ingat malam sebelumnya mak Call aku, beritahu yang WAN ESAH berada di Rumah Orang Tua-Tua. Aku pun terkejut juga mendengarnya..
Ohya.., Lupa nak beritahu WAN ESAH ini adalah MAK SEDARA mak aku..Kira NENEK SEDARA aku jugalah...Teringat lagi masa kecik2 dulu sehinggalah sebelum aku kawin setiap kali balik ke Kampung di Melaka aku PASTI menziarahnya..
Tapi setelah aku kawin, 7 tahun yang lepas, aku tak pernah bersua muka denganya lagi..Cuma dengar kabar berita yang dia sudah UZUR dan di serang sakit ANGIN AKHMAR.
Bila dah sakit cerita yang aku dengar, anaknya telah membawanya tinggal bersama di Kuala Lumpur tapi aku tak tahu macam mana nak contact..
Diam tak diam dah 7 tahun aku tak jumpa dia.. Dan kabar terbaru, anaknya telah menghantarnya tinggal dirumah orang orang tua (PRIVATE).
Bila dah tahu ceritanya aku tidak melenggahkan masa mencarinya di rumah orang tua tua yang di khabarkan.Aku call CAUSIN aku tanyakan tentang alamatanya. Iyalahkan...kalau NIAT yang baik Pasti ALLAH merestuinya dan aku pun jumpa tempat dia tinggal...Di taman tasik Titiwangsa, Kuala lumpur.
Setelah sampai, aku dan my wife serta anak anak pun memberi salam, dan kami di pelawa masuk. Hati aku tersentuh, menitis air mata aku dan MYy wife melihat keadaan Wan Esah. Sudah 6 bulan wan esah tinggal disana.
Hampir dua jam lebih aku duduk disana.Bila aku meminta izin untuk pulang airmata Wan esah pun bercucuran...tapi aku berjanji akan datang menziarahinya lagi.

Selasa, 17 November 2009

SALAM SEJAHTERA.....

Terlalu lama aku tidak entry story dalam blog ini, bukan apa kesibukan dengan tugasan harian menyebabkan aku tak ada masa untuk memasukan story disini..
Banyak story yang nak dikongsi dengan anda semua tapi masa yang tak mengizinkan.
antaranya story yang agak panas seperti:
1. Melawat seseorang di rumah orang tua tua.
2. pertandingan MATARADE IDOL 2009 (Nanti aku story)
3. INTRADE 2009.
4. My wife berkursus di Ipoh.
5. My Birthday...
Ada juga cerita cerita selingan dan akan menyusul...semuanya akan aku masukan dalam blog ini.
Tunggu sahaja bila aku ada kelapangan.
MAAF BANYAK BANYAK KEPADA PEMBACA SETIA BLOG MENITI TITIAN HASRAT YANG TERSAYANG.....

Isnin, 19 Oktober 2009

19.OKTOBER 2009 = LAST SYAHWAL 1430H.

Hari ini adalah hari TERAKHIR bagi bulan SYAWAL 1430H..Syukur Al-hamdulillah kita dikurnikan oleh Allah akan Nyawa dan Kesejahteraan untuk meraikanya..Adakah kita akan merasainya dan meraikannya di tahun hadapan..?? Walwahualam.....
Last Weekend 17 dan 18 Oktober aku masih juga menerima jemputan OPEN HOUSE. Untuk 2 hari tu aje ada 8 jemputan tapi tak semuanya aku dan famili mampu utk menghadirinya...
Maaflah kengkawan yang tidak dapat aku peneuhi permintaan anda..Insyaallah tahun depan ada lagi...
Sabtu aku ke Kuala Selangor dan Bandar Saujana Sg Buloh, Rumah kawan my wife dan saujana utama tu rumah kawan baik aku Zulkefli Abu Bakar, Dia buat majlis Cukur Jambul anaknya Zakuan dan Majlis OPEN HOUSE.
Ahad pula pegi ke Bkt Rahman Putera,Sg Buloh rumah Pakngah,Shah Alam Umah kak ya, Rawang pula rumah kawan sekerja my Wife di Country height..
Pukul 12 lebih baru sampai rumah....My Prince dan My Princess kepenatan..Apapun seronok juga sekali sekala mcm ni....

Jumaat, 16 Oktober 2009

SYAWAL HAMPIRI PENGHUJUNGNYA..... (open House)

Assalamualaikum.....
Lama rasanya aku tak berceloteh di Blog ini kerana kesibukan aku dalam kerja dan kesibukan menghadiri jemputan "OPEN HOUSE" saudara mara dan rakan taulan...
Memang banyak jemputan yang diterima sehingga ada yang tak termampu di Tunaikan.
Kepada yang menjemput dan aku tidak dapat menghadirinya jutaan kemaafan di pinta dan kepada yg saudara dan sahabat yang sempat aku hadiri TERIMA KASIH diatas layanan yang diberi.

Dan aku juga telah membuat OPEN HOUSE pada 11. Oktober yang lepas (MAAF GAMBAR TAK SEMPAT NAK DIRAKAMKAN KERANA BETUL2 SIBUK).Kepada SAUDARA dan SAHABAT yang tidak sempat saya jemput MAAF dipinta,Insyaallah jika ada umur dan rezeki tahun depan aku buat lagi dan kalian semua dijemput hadir....
Kepada sanak saudara dan rakan yang hadir MAAF saya pohonkan seandainya kurang layanan dari aku dan famili maklum sahajalah TERUS TERANG AKU CAKAPKAN MEMANG AKU TAK TERLAYAN SEBAB TERLALU RAMAI. Dan aku nak ucapkan JUTAAN TERIMA KASIH yang tak TERHINGGA diatas kesudian kalian meluangkan sedikit masa untuk menghadiri jamuan OPEN HOUSE aku...
Banyak kejutan sewaktu majlis berlangsung. Orang yang mengasuh aku sewaktu kecil sehingga aku sekolah rendah juga datang. TQ ATIH IJAH, My cousin yang sudah lebih 10 tahun aku tak jumpa pun hadir, TQ kak Andak (ANONG), Bapa saudara aku (Peguam) yang juga hampir 20thn lebih aku tak jumpa juga datang, PAK NGAH DERIS TQ. dan Rakan sekolah aku yang sudah hampir 18 tahun tak bersua juga sudi datang..TQ sesangat....

Apapun OPEN HOUSE yang firstly aku buat ini banyak meninggalkan kenangan yang cukup manis bagi aku dan keluarga..Biar pun penat tetapi kami sekeluarga amat berpuas hati biar pun ada juga kalangan saudara dan kenalan yg tidak dapat hadir. Tapi itu tidak menjadi masalah bagi aku..Maybe mereka ada Hal lain yang tidak dapat dielakan.
Ohya...Sebelum Terlupa pula aku aku juga ingin mengucapkan JUTAAN TERIMA KASIH yang TAK TERHINGGA kepada MAK DAN ABAH SERTA KEDUA DUA MERTUA aku yang sudi datang untuk memasak MENU pada hari tersebut...
Akhir sekali TERIMA KASIH KEPADA MEREKA YANG TERLIBAT DALAM MENJAYAKAN MAJLIS OPEN HOUSE AKU. Insyaallah...Jika ada umur dan rezeki kita akan bersua lagi di tahun hadapan..INSYAALLAH