Isnin, 8 November 2010

PRINCESS AIDA ERYNA QAIREEN

Princess Qaireen yang terbaru..
Agak berisi dan montel.
Pipi yang gembol..
berusia 5 bulan ...
Princess Qaireen, inilah satu satunya anak daddy yang montel sewaktu baby.
memang daddy suka Qaireen montel macam ni.
tapi daddy tak larat nak dukung lama - lama sebab lengguh...!!!!
Rasa nak gigit aje....!!!
Sidebab yang cute ni....!!!
Tengok PEHA si Qaireen ni macam "PEHA AYAM"
Si manja ku ini.....!!!!


ini Bibik Tuty..
Dah 4 bulan kerja ngan aku.
dia yang menguruskan anak anak aku bila aku & My wife pergi kerja.

30 - 10 - 2010 PERKAWINAN NANA.

30 Oktober 2010 Sabtu.
Majlis perkahwinan AIDA NURDIANA BT ZUBER & MOHD MAZRI BIN MAMAT
DI
Taman Puan Chik, Bahau N.Sembilan.
Tema
Merah, Hitam dan Putih.
Aida Nurdiana @ nama manjanya NANA ini kira pangkat anak buah aku. Anak Jiran aku. tapi aku dengan Famili dia dah macam adik beradik.. Sewaktu nana ni kecik dulu aku selalu dukung dia, selalu juga sakat dia.. Dia membesar depan mata aku, sekarang ni dah pun mendirikan rumahtangga bersama insan pilihan hatinya.
Sama cantik dan sama padan pasangan mempelai ini.

Kumpulan penari cilik dari Kuala lumpur yang
didatangkan khas untuk memeriahkan lagi majlis

Ini pula kawan sekerja aku,
Sound system dari Riz Bumi Entertainment datang juga dari KL..
kalau sesiapa nak mengambil sound system dia ini boleh klik di sini:
Harga korang boleh rundingan Damai sendiri.
Yang pakai baju Batik Merah tu bapa pengantin perempuan.
Sir Zuber.. Dulu dialah yang mengajar bahasa Inggeris sewaktu di sekolah rendah.
Dia selalu cubit aku sebab tak dapat jawab soalan.. tapi aku tak kisah sebab dia nak mendidik aku..
Yang pakai batik merah sedang menyanyi ngan awek ni, Qayyum..
Adik kepada Nana.
Awek tu si Ain, Jiran dia..
yang sedang interframe ni siapa lagi kalau bukan
Princess Aida Syadiena & Prince Aidid Airiel..
Yang sorang lagi tu anak Ustaz Sharizal.
kira bapa saudara Nana juga....

yang ini akulah...sedang berDUET dengan FIRA mentor 3.
Fira ni anak didik Lah Ahmad dalam Program realiti mentor TV3.
Fira juga anak didik kepada pengantin lelaki.. dalam persatuan silat.
Ohya...
lupa pula nak kata,
pengantin lelaki itu adalah jurulatih silat.
Kih...kih..kih....baju sedondon pula ngan fira macam dah janji aje...!!!!
kalau Fira dari Mentor, Aku pula dari MENTOL...!!!
Apapun, aku nak mengucapakan
SELAMAT PENGANTIN BARU kepada PASANGAN PENGANTIN.
SEMOGA SENTIASA CERIA DAN GEMBIRA DIALAM RUMAHTANGGA
DAN BERBAHAGIA HINGGA KE HUJUNG NYAWA.
AMIN.

Isnin, 1 November 2010

KELAHIRAN......

Dalam jam 4 lebih tadi, aku ada terima "SMS" dari adik ipar yg berada nun jauh diutara...
Siapa lagi kalau bukan "ROKHAIRI" yang sedang berdebar menanti kehadiran orang sulong dalam keluarganya....
SMS yang diterima
"B.long...Nurul sudah selamat melahirkan baby sebentar tadi"
Aku pun membalas Sms tersebut..
"TANIAH... Macamana keadaan Nurul..?? Baby Boy @ Girl..?? Baby sihat dan OK ke..??
berapa Kilo..?? Nurul bersalin Normal @ sizzer...??? "
Jawapannya ringkas sahaja:
"Baru sahaja lahir, dan E (bahasa dirinya) belum pun tahu semua tu.. yang pasti Baby boy..!!
Aku pun membalas SMSnya:
"WELCOME TO THE CLUB DADDY"
Aku pasti dan dapat rasakan betapa GEMBIRA tak terkata perasaan "E"
sebab aku pernah melalui pengalaman sebegitu.. Pelbagai perasaan bermain dijiwa ketika itu. Iyalah satu perasaan yang tak dapat digambarkan dengan kata kata.
Dengan kelahiran orang baru ini maka akan bertambahlah bilangan Cucu my mertua
sudah ada 6 orang cucu Tok yan Dan Mak tok.. Dah setengah dozen..!!!
Apa pun Princess AIDA SYADIENA dan Princess AIDA ERYNA sahaja cucu perempuan mertua aku..!!! So Tak tergugatlah kedua dua princess aku tu...!!!!

Jumaat, 29 Oktober 2010

PEDULI APA AKU......!!!!!!!!!

Ini pasal video AIDA SYADIENA ILLIESYA.
Aku dan Wife tengah dok promosi Video prince Esya yang masuk pertandingan tiru gaya penyanyi Adzrin Adzhar di Facebook.
Jadi kami pun mintalah tolong kengkawan untuk mengundi VIDEO itu.
Iyalah, tak semua orang suka, Tapi aku tak kisah,
kalau tak suka tak payah tengok dan "VOTE" video tu,
kalau kau tak vote pun ramai yang lain boleh Vote.
Kami tak mengharap pun kemenangan.
Lagi pun kami masukkan video tu saja suka suka sahaja,
Kalau tak suka, tak payah VOTE..
Diam sahajalah, tak perlulah nak berbunyi dan bising....!!!
TUTUP MULUT sudah....!!!!!!!
"TUTUP MULUT LONGKANG KAU TU"
Princess Esya tu anak aku, Suka hatilah aku...!!!!
Memang aku BANGGA dengan "BAKAT & KEBOLEHAN" dia.
Kalau kau ada "anak" yang ada kebolehan KO BANGGA TAK...????
Cakap guna "OTAK" jangan guna "PERASAAN"
ALLAH beri OTAK untuk berfikir....!!!!!!!!!!!!!!
Ada pula yang kata:
"Kalau anak ko mengaji bolehlah aku Vote, Tak payahlah nak bangga sangat kalau setakat nyanyi..."
Jawapannya senang aje.....!!!!
Aku bukan Bangga sbb dia boleh nyanyi, tapi sebab dia baru berusia 4 tahun.
dan berkebolehan untuk menghafal....!!!! Bukankah itu juga satu "BAKAT" kurnian ALLAH....??
Tak payahlah nak "BLAIM" aku...
aku tahulah nak DIDIK anak anak aku...!!!
Anak kau tu dah jadi "TAHFIZ " ke..???
Anak ko tu comfirm ke masuk "SYURGA".......??????

Masing masing ada anak...masing masing ada cara sendiri mendidik anak sendiri.
SO
kalau tak suka tak payah "VOTE"
Tak payah banyak bunyi....
TUTUP MULUT pilih aje PENUTUP MULUT yang macam mana ko suka...!!!
kat atas tu ada beberapa CONTOH Penutup MULUT.
Tapi aku rasa yang kat bawah ni PALING SESUAI UNTUK KAU...!!!!

Isnin, 25 Oktober 2010

PROMOSI VIDEO AIDA SYADIENA ILLIESYA





Sekarang ini aku dan famili tengah PROMOSI VIDEO Princess AIDA SYADINA ILLIESYA ...
Princess Esya memasuki pertandingan TIRU GAYA penyanyi "PUJAAN MALAYA" iaitu ADZRIN ADZHAR di FACE BOOK.
Kalau anda semua ingin mengundi Video ini di FB, caranya mudah sahaja...
Anda cuma perlu ke FAN FACE ADZRIN ADZHAR dengan mengklik pada wap ini>>http://www.facebook.com/pages/Adzrin-Adzhar/100612206658304
kemudian pergi ke VIDEO dan pilih video SYADIENA ILLIESYA.
Lepas tu tandakan "LIKE" pada video tersebut...
UNDIAN dari anda memang sangat di perlukan untuk menentukan kejayaan buat Princess Esya.
kalau ada REZEKI dan KEMENAGAN BERPIHAK pada AIDA SYADIENA ILLIESYA...Syukur Al-hamdulillah....
TERIMA KASIH.

Jumaat, 22 Oktober 2010

MIMPI...OH...MIMPI

Semalam aku bermimpi 2 sahabat aku meninggal dunia..(Namanya tak perlu dinyataka) Cukuplah biar aku sahaja yang tahu...Biarlah menjadi RAHSIA aku.
Mimpinya sebegini, aku pergi ke sebuah masjid.. dimasjid itu aku lihat jenazah, terpandang aku wajah jenazah itu, Terkejut aku kerana jenazah itu adalah si A... Lalu aku pun pergi ke bilik air untuk mengambil wuduk, tetiba Roh si A tu menyapa aku, "Adan, aku nak minta Maaf kalau aku ada buat salah dengan kau sebab aku sekarang aku telah meninggal dunia..." Katanya..
Aku menjawab "Yup...aku maafkan kau, dan terima hakikat ajal kau dah sampai...."
Seingat aku sewaktu hidup, Si A memang seorang yg jahat, penagih dadah, minum arak dan pencuri ...
Bila aku keluar dari Bilik air, datang satu lagi Jenazah...
Aku terkejut kerana jenazah itu kawan aku si B.
Dalam aku memerhatikan orang sedang menggangkat jenazah Si B..Tiba - tiba Roh si B menyapa aku dan berkata "Adan..., aku dah meninggal dunia sekarang ini, Aku minta maaf jika aku ada salah silap pada kau.... Dan aku minta tolong dengan kau tolong jaga dan tengokkan mak & ayah aku... Dengan linanagan air mata aku pun menganggukkan kepala dan bersalam dengan dia.
Untuk pengatahuan Si B semasa hidup merupakan seorang Ustaz dan rakan sepermainan sewaktu kecil aku..Memang aku baik sesangat dengan Orang tua dia. sekarang ini kedua dua orang tuanya memang sedang uzur. Aku pun tersedar dari mimpi....!!!
Sehingga sekarang aku masih tertanya tanya:
: APAKAH MAKSUD MIMPI AKU ITU..???
: MENGAPA ADA DUA JENAZAH YANG BEGITU BERLAINAN PERWATAKAN BOLEH MENINGGAL DALAM SATU MASA...???
SEHINGGA SEKARANG AKU MASIH MEMIKIRKANYA...!!!!!!

Rabu, 20 Oktober 2010

AGENSI MENCARI JODOH.

Semalam aku dan member member Opis lunch di Kota Damansara...
Apa lagi makan "NASI AYAM WARISAN"...
Sedang enak bersembang dengan gelagat dan kelaku yang macam macam sambil menikmati kelazatan nasi ayam tetiba aku terpandang PONDOK PUBLIC PHONE yang penuh dengan bekas pelbagai IKLAN...
Aku pun tersenyum bila baca iklan itu... Aku tunjuk kepada member member yang sedang gelak berderai akan iklan itu.. Terus pelbagai cerita lawak tercipta...!!!!!
Aku pun terfikir.. Dalam zaman yang semakin maju ini masih ada ke AGENSI SEBEGINI..???
So kepada member member aku yang masih bujang @ yang masih mencari dan susah mendapat JODOH manfaat iklan ini...

MAMAK......!!!!!!

Malam tu My WIFE malas nak masak sbb dah tak tahu nak masak apa... Lagipun dah lama tak makan kat luar.. so malam itu kami memilih makan "INDIAN FOOD"
Roti Canai = Princess E'sya, Roti Tisu = Aku dan Prince Aidid,
Tosai = My Beloved Wife dan Capati = My Bibik Tuti
Gelagat Princess Aidid sewaktu menanti makanan yang diorder.
Inilah bibik Tuti, maid aku yang baru.

ILLIESYA vs MAMAYIN (Adzrin Adzhar)

"PUJAAN MALAYA" tajuk lagu nyanyian NORADZRIN ADZHAR kawan aku di MATRADE satu ketika dulu sudah pun merakamkan MINI ALBUM. Lagu "PUJAAN MALAYA" sudah menjadi lagu kesukaan Princess E'sya...VIDEO KLIP yin sudah pun keluar di YOUTUBE. Sewaktu First time aku buka, Princess E'sya terus kata "INI KAWAN DADDYKAN...???" Kakak kenal dia...
Nanti kakak pun nak nyanyi macam dia....!!!!
Setiap hari pasti VIDEO KLIP yin tu menjadi pilihannya..
Kira dah macam IDOLA pula...!!!!
Princess E'sya pun keluarkanlah rantai mummy dan skirt kembang dia... Nak jadi macam MAMAYIN....!!!!
Tengoklah apa yang dipakainya tu...MUMMY pun melayan juga...!!!!
POSE ISTIMEWA dari Princess Esya...
Princess esya ni memang suka bergaya kalau depan lensa camera....!!!!
Sekarang ini lagu "PUJAAN MALAYA" tu dia dah Hafal..
Dan menjadi lagu PUJAAN dia.


BIBIR BENGKAK

Jumaat 15 Oktober.... Ayah Chik bawa prince Aidid & Princess E'sya menaiki my ALZA pergi kedai... Entah macam mana ayah chik break dan Prince Aidid tercampak kehadapan dan muka tersembam ke dashboard... Bibir bawah prince Aidid pecah dan berdarah serta membengkak.
Waktu kejadian aku masih berada di opis lagi... My princess E'sya call dan mengadu pada aku.
Rasa nak marah pun ada tapi aku sabar aje..!!! Terus aku call yg Wife suruh bawa pergi ke KLINIK.
Sesampai dirumah,terus aku tengok Prince Aidid.. Kesian pula aku tengok dia.. Bibirnya bengkak dan ada sedikit luka... tapi Al-Hamdulillah cuma luka sikit aje tak ada yang patah....

PESTA BERAS

Sewaktu balik dari Kampung Kedah, Aku tak ikut Highway dari Alor Setar ke Sungai Petani. Aku melalui jalan lama... Sewaktu sampai di Daerah GURUN berhampiran KILANG PERWAJA. Satu kejadian yang tidak diduga.. Sebuah lori yang membawa muatan beras telah KECICIRAN BERAS. Lebih 8 tan beras telah memenuhi dan memutih diatas jalan raya.... Pengguna jalan raya sedang mengutip beras.
Pelbagai bekas keluar untuk mengisi beras....
Ramai yang ambil kesempatan mengambil beras yang sedang memutih diatas jalan raya.
Princess E'sya juga sibuk mengutip dan mengambil beras....
Prince Aidid & Princess Aida sedang bermain beras... Selalu kalau dekat rumah main beras akan kena MARAH... tapi dekat sini main ajelah, tak ada siapa yang marah...!!!


ORANG - ORANG @ KG KUALA KEDAH

Sewaktu dari perjalanan balik dari Perlis, Kami sekeluarga melalui KAMPUNG KUALA KEDAH.
Waktu itu padi sedang menguning Saujana mata memandang.. Sungguh cantik...!!! Terpandang pula "ORANG - ORANG" ditengah bendang.. Memang KREATIF pembuat orang orang ini..
Princess E'sya bising suruh berhenti sbb nak tengok ORANG - ORANG itu.. Teringat juga aku akan cerita "MUSANG BERJANGGUT" Bila Datuk NIKAH KAWIN terbayang wajah Sa'adiah...!!!
Princess E'sya sedang meniru gaya ORANG - ORANG. Nasib baik cuaca tak berapa panas.
Ini pula Prince Airiel memberi pose, Biarpun baru bangun tidur... Tetap nak meniru gaya "ORANG - ORANG".
Seronok mereka meniru gaya "ORANG - ORANG".
Sebenarnya aku sendiri pun tak pernah melihat "ORANG _ ORANG" ini yang 'REAL".. Maklumlah aku ini bukan "ANAK PETANI"...