Sementara menanti Train Express Senandung Malam sampai sempat lagi memberi Pose- pose istemewa untuk Daddy and Mummy.
Aida dan Aidid ni memang Rapat.. Tengok sahajalah aksi - aksi dari dari mereka. Harap keakraban dan kemesraan ini akan berpanjangan sampai besar nanti. Insyaallah..... Amin....
Mertua Terpaksa bawa my kids balik ke Sungai Petani, Kedah sebab BIBIK kami nak balik kampung atas sebab sebab tertentu.. Jadi tak ada siapa nak jaga my kids, jalan penyelesaian terpaksalah ikut mertua balik Utara.
Memang berat hati sebenarnya nak melepaskan kedua dua kesayangan aku ini balik, tapi apakan daya.. Terpaksa untuk selesaikan masalah...
Tapi mereka balik Sungai Petani tak lama kerana bila my wife hendak bersalin nanti mak dan Abah akan datang duduk rumah kami sementara waktu.Selepas train berlepas, balik rumah, terasa sangat sunyi rumah... Belum sampai setengah Jam aku dah call my princess....!!! Sebelum tidur pun rasa sunyi aje sebab selalunya My Princess akan suruh aku peluk dia sebelum dia terlena didalam dakapan aku...
My Wife pula NANGIS dari Railwaystation lagi... maklumlah sejak kebelakangan ini memang jarang kami berenggang.. Bibik pula SENYAP aje.. tapi dari wajahnya nampak dia pun sayu juga...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan