Selasa, 18 Mei 2010

DUGAAN APAKAH INI....

Sewaktu sehari lagi nak balik KL, Aku terima panggilan dari My Sister mengatakan abah kesayangan kami telah dimasukkan ke Hospital Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Esoknya dari Kedah kami terus balik N.Sembilan Untuk menziarah abah.
Abah sakit perut tapi bila buang air besar bukan NAJIS yang keluar tapi DARAH..
Tekanan darah abah juga TERLALU RENDAH akibat terlalu banyak darah yang keluar. Abah dimasukkan DARAH sebanyak 12 pain..
Doktor pun tak pasti kenapa boleh terjadi sebegini.. Pagi abah masuk darah,bila petang nanti darah tu akan keluar semula... Doc mengatakan kemungkinan abah kena KANSER USUS tapi tak pasti lagi.. Ya.. Allah....Aku tersentak mendengarnya..!!
Setelah beberapa hari dihospital barulah doctor dapat memastikan apa sebenarnya yang abah alami. Doctor mengatakan Usus abah nipis.. Perkara ini dapat diatasi dengan memakan ubat sahaja.. Al-Hamdulillah abah dah tak ada pendarahan lagi TAPI kali ini abah tak boleh buang air kecil pula...So doctor memasukan TIUB sesalur untuk mengeluarkan kencing abah..
Setelah seminggu abah terlantar dihospital, abah dibenarkan balik kerumah dengan tiub masih dipasang lagi.. 3-4 hari abah kena datang hospital untuk rawatan susulan.... Al-Hamdulillah lega sedikit hati aku....!!!

Tiada ulasan: