Selasa, 18 Mei 2010

DI UJI SEKALI LAGI........

Setelah beberapa hari abah dirumah,Abah mengadu pada mak yang abah sakit ditempat dipasangnya tiub ... My sister dan Mak membawa abah ke Hospital untuk diperiksa...
Sampai di Hospital, Doctor yang merawat abah, melihat mak berkeadaan lain macam. muka mak nampak pucat dan NAFAS mak mencunggap...Doktor pun memeriksa mak, KENCING MANIS mak TINGGI..Akhirnya Mak pula dimasukkan ke wad.. Mak masuk wad 1, manakala abah pula diwad 7, hospital Kuala Pilah.
My Sister Call beritahu aku, mak dan abah admit wad..
Bila mendapat berita itu, aku terus ke hospital pilah seorang diri kerana My Wife sekarang sudah sarat dan bila bila masa sahaja akan bersalin..

Aku berada didalam keadaan yang SERBA TAK KENA...Risau akan MAK & ABAH begitu juga keadaan MY WIFE....
Jantung aku berdegup kencang, sekali lagi aku diuji.. Namun aku bersyukur kerana walaupun Allah menguji aku namun Allah tidak MELEMAHKAN SEMANGAT aku..
Semua ini harus aku HADAPI atas RASA TANGGUNGJAWAB sebagai ANAK dan sebagai seorang SUAMI..


Tiada ulasan: