Selasa, 18 Mei 2010

DUGAAN DEMI DUGAAN.......!!!!

Setelah mak dan abah keluar wad...hati aku rasa sedikit lapang....!!!
Tapi selang beberapa hari sekali lagi mak dimasukkan wad kerana mak susah nak bernafas..
Ya...ALLAH....Sampai bilakah aku akan diuji sebegini...???
Tarikh my wife untuk bersalin sudah semakin hampir, dan sewaktu aku mencoretkan coretan ini Mak masih lagi berada di hospital.
Tak seorang pun yang mengetahui apa yang aku rasai sekarang ini. Air mata menitis bila mengenangkan dugaan demi dugaan yang aku alami.. Aku mampu menyembunyikan perasaan ini diwajah tapi hati aku tak seorang pun tahu.
Ya..Allah... Aku terima dan redha dengan dugaan Mu ini...Jika aku rasa susah dan perit dengan dugaan mu ini, aku pasti ada insan yang lebih susah dan perit dari aku.
Aku percaya mungkin aku agak sedikit terleka mengingatimu ya Allah..Sebab itu aku diuji dengan dugaan ini agar aku tidak terus terleka mengingati mu...!!

Apapun aku pasti setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya....
Dan aku bermohon kepada Mu, semoga perkenankan doa ku supaya kembalikan kesejahteraan kepada MAK & ABAH kerana aku tersangat SAYANG kepada mereka... Belum cukup rasanya aku membahagiakan mereka...!!!


2 ulasan:

Devilish-shasha berkata...

weh...apsal sedeh2...

AEDAN berkata...

habis tu bila mak dan abah masuk hospital takkan nak bergumbira pula....!!!!