Rabu, 29 Disember 2010

DIAMBANG 2011

Masa akan terus berlalu dan manusia akan sentiasa dalam kerugian melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh serta terus berdakwah meneruskan kerja yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad SAW.
Sebelum 2010 tinggalkan kita, cuba lihat kembali apa yang telah kita lakukan sepanjang 2010...
Berapa banyakkah kerja amal jariah dan kebaikan yang telah kita lakukan..??
Manakala apakah perkara yang paling teruk yang telah kita lakukan..??
Apakah kejayaan yang dapat kita banggakan..??
Manakala apakah kegagalan yang masih menghantui kita..???
Namun Al-Hamdulillah...apa yang penting kita masih lagi bernafas dan bernyawa serta berkudrat untuk meneruskan kehidupan yang singkat ini dan memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan kita.....

Tiada ulasan: