Rabu, 15 Disember 2010

TRIP KE UTARA.

13 hingga 16 November 2010.
Trip ke utara,PERLIS KEDAH PULAU PINANG DAN PERAK
bawah Program melawat kilang untuk BUMIPUTRA..!!!
4 hari 3 malam...!!!
2 malam di Check in di Hotel PEARL VIEW,Seberang Perai, Penang
dan 1 malam akan check in di Hotel Ipoh Perak.
Sedih pun ada sebab nak tinggalkan Isteri dan anak anak...!!!
Sejak kebelakangan ini,aku memang jarang OUTSTATON lama lama.
Paling tidak pun 1-2 hari aje..
Kesian pada Princess E'sya dan Prince Aidid..
Sure akan MERINDUI Daddy..
Iyalah setiap malam sebelum tidur
aku akan bacakan buku cerita donggeng rakyat untuk dia.
Baca DOA TIDUR,Baca SURAH AL-FATIHAH
dan mengucap 2 kalimah syahadah bersama...
Itulah XTVT yang akan kami lakukan bersama sebelum Tidur...!!!!
Prince Aidid & Princess Esya memang MANJA dan TIDUR bersama aku,
manakala Princess Qaireen tidur bersama My Wife..
Bila aku tak ada ni,
barulah diaorang berdua tu tidur dengan Mummynya...
My Wife cakap sebelum tidur kedua dua tu macam GELISAH..
E'sya akan tanya Aidid "Bila Daddy nak balik..???
"Sebak pula aku dengarnya...!!!
Panggilan Talifon tak usah cakaplah..!!!
Soalanya:
"bila Daddy nak balik,
daddy dah makan ke belum...???
Sebelum letak Phone akan cakap
"Kakak & Abang,Sayaaaaannggg Daddy,Daddy balik Awal tau...!!!!!"
Buat aku rasa nak balik Cepat...!!!!

Tiada ulasan: