Dari kilang BENITHEM di Pontian, Kilang seterusnya ialah "DAILYFRESH".
Terletak di SIMPANG RENGGAM.
Mungkin anda biasa tengok "DAILYFRESH" ini.
Menjual Jagung Kukus,Ice cream, Waffer dan minuman.
Disinilah Jagung jagung diproses untuk dihantar ke Cawangan cawangan Dailyfresh yang terdapat di seluruh Malaysia dan Luar Negara.
Kami disambut ramah oleh pihak kilang,dan bau haruman waffer semerbak dan sungguh menyelerakan..
Apapun kena dengar Brefing dulu.
Selesai brefing, kami dibawa masuk kedalam kilang untuk melihat bagaimana proses yang dilakukan.
Kami juga diminta oleh pihak kilang supaya tidak mengambil gambar.
Selesai membuat lawatan kilang, kami dijamu dengan Jagung Kukus yang pelbagai rasa, waffer yang enak dan ice cream yang lazat..
MD kilang tu sebolehnya nak kami merasai semua perisa jagung,waffer dan ice cream..
selesai semuanya kami pun berangkat balik ke Kuala lumpur.
Cik Ezz dan Azman pulang ke Johor.
Apapun satu pengalaman dan pengatahuan yang baik untuk kami semua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan